Hikayat Burung Cendrawasih. Keindahan yang Menakjubkan!
 
Go Back   Home > Fauna, Hewan Peliharaan & Ternak

Daftar
Lupa Password?


Anda juga bisa login menggunakan akun Jejaringsosial.com anda
Gambar Umum Video Umum Radio & TV Online





 
Reply
 
Thread Tools Search this Thread
    #1   Report Post  

[Burung] Hikayat Burung Cendrawasih. Keindahan yang Menakjubkan!









Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan cendrawasih berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘areil‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.

Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.

Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.

Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘.

Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapathingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, tuah.

Gimana nggak bangga jadi orang Indonesia kalo punya yang kayak gini.
Burung Cendrawasih harus dijaga dan dilestarikan!


Sumber : http://selebmedia.blogspot.com/2011/...keindahan.html
ponconugroho ponconugroho is offline
Village Level

Post: 46
 
       





    #2   Report Post  

Re: Hikayat Burung Cendrawasih. Keindahan yang Menakjubkan!

emang sangat cantik cendrawasi
rizalolo
rizalolo rizalolo is offline
Mod

Post: 46.405
 
Reputasi: 269

__________________
Pangeran kegelapan






    #3   Report Post  

Re: Hikayat Burung Cendrawasih. Keindahan yang Menakjubkan!

iya ya.. sekilas mirip burung Phoenix >.<
tiaseptiani
tiaseptiani tiaseptiani is offline
World Level

Post: 27.770
 
Reputasi: 304

__________________
Naikkan reputasi orang lain yang membantu, atau anda sukai!






    #4   Report Post  

Re: Hikayat Burung Cendrawasih. Keindahan yang Menakjubkan!

cantik sekali tu burung
Tonisanjaya Tonisanjaya is offline
Staff

Post: 4.051
 
Reputasi: 19






    #5   Report Post  

Re: Hikayat Burung Cendrawasih. Keindahan yang Menakjubkan!

emang saat ini masih ada yg idup? katan orang yg tinggal di sorong tu tinggal bahan cindera-mata.
kalo di bon-bin mungkin masih ada gak? diragunan misal. eh jik idup ngak tu bon-bin ragunan? di surabaya saat aku skul dulu tinggal aquarium yg dipajang. sekarang gak tau kek apa mukanya. yg di semarang tegal wareng? gembira-loka jogja?
----
cxixixixi.. males mau lihat2 ke bon-bin. gak jadi seneng malah senep. ngenes!
n1ngs1h
n1ngs1h n1ngs1h is online now
Continent Level

Post: 3.778
 
Reputasi: 459






    #6   Report Post  

Re: Hikayat Burung Cendrawasih. Keindahan yang Menakjubkan!

Kutip:
Oleh n1ngs1h View Post
emang saat ini masih ada yg idup? katan orang yg tinggal di sorong tu tinggal bahan cindera-mata.
kalo di bon-bin mungkin masih ada gak? diragunan misal. eh jik idup ngak tu bon-bin ragunan? di surabaya saat aku skul dulu tinggal aquarium yg dipajang. sekarang gak tau kek apa mukanya. yg di semarang tegal wareng? gembira-loka jogja?
----
cxixixixi.. males mau lihat2 ke bon-bin. gak jadi seneng malah senep. ngenes!
di bali ada penangkaran cendrawasih daerah gianyar. Kl di daerah asalnya kan di buru, ga mau terlarang, punya tuhan kok dilarang itu kata kebanyakan masyarakat awam akhirnya mendekati punah
spirit
spirit spirit is offline
Mod

Post: 65.249
 
Reputasi: 1552






    #7   Report Post  

Re: Hikayat Burung Cendrawasih. Keindahan yang Menakjubkan!

kira'' tu burung ada di kebun binantang deerah bandung/atau jakrta
Tonisanjaya Tonisanjaya is offline
Staff

Post: 4.051
 
Reputasi: 19

Reply
 

Thread Tools Search this Thread
Search this Thread:

Advanced Search





Pengumuman Penting

- Pengumuman selengkapnya di Forum Pengumuman & Saran


Cari indonesiaindonesia.com
Cari Forum | Post Terbaru | Thread Terbaru | Belum Terjawab


Powered by vBulletin Copyright ©2000 - 2017, Jelsoft Enterprises Ltd.