Perkara Sunat Dalam Solat Login dengan akun Jejaringsosial.com anda Daftar sebuah akun Jejaringsosial.com
 
Go Back   Home > Agama > Islam
Lupa Password?

Gambar Umum Video Umum





 
Reply
 
Thread Tools Search this Thread
Reply With Quote     #1   Report Post  

Perkara Sunat Dalam Solat

Sunat ketika melakukan sembahyang ada dua jenis iaitu sunat ab‘adh dan sunat hai’ah. Sunat ab‘adh ialah setiap perkara yang dimestikan sujud sahwi pada akhir sembahyang jika meninggalkannya. Sementara sunat hai’ah pula, setiap perkara yang jika ditinggalkan tidak dikenakan sujud sahwi.
Sunat Ab‘adh

1. Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud yang dibaca semasa duduk selepas melakukan setiap dua raka‘at dalam sembahyang Zuhur, ‘Asar, Maghrib dan ‘Isya’.

2. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud awal tanpa disambung dengan salawat ke atas ahli keluarga Baginda sallallahu ‘alayhi wasallam.

3. Salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud akhir.

4. Duduk bagi mengerjakan setiap tiga perkara sunat ab‘adh di atas.

5. Bacaan qunut semasa i‘tidal pada raka‘at sembahyang Subuh, pada raka‘at akhir sembahyang witir ketika separuh kedua bulan Ramadhan iaitu selepas malam kelima belas.

Sunat Hai’ah

Sunat hai’ah sangat banyak semasa melakukan sembahyang. Secara umumnya, sunat hai’ah boleh diringkaskan kepada perkara-perkara berikut:
1. Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak ruku‘ dan bangkit daripadanya, dan ketika bangun daripada tasyahhud awal.

2. Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di bawah dada, di atas pusat sambil mengarahkan sedikit ke arah hati.

3. Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.

4. Membaca tawajjuh atau doa iftitah secara senyap.

5. Membaca al-isti‘azah secara perlahan selepas tawajjuh dan sebelum Al-Fatihah.

6. Selain daripada itu, ma’mum hendaklah menyaringkan bacaan pada tempat-tempat yang menghendaki sedemikian iaitu semasa sembahyang Subuh, dua raka‘at pertama sembahyang Maghrib dan ‘Isya’, Juma‘at, dua hari raya, gerhana bulan, istisqa’, tarawih, witir ramadhan, dua raka‘at selepas tawaf pada malam hari dan waktu Subuh. Pada selain waktu-waktu tersebut hendaklah memperlahankan suara.

7. Membaca selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam, ma’mum atau bersendirian.

8. Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan Al-Fatihah. Disunatkan kepada imam atau persendirian dan ma’mum yang tidak mendengar bacaan imam kecuali pada raka‘at ketiga dan keempat kepada selain masbuq dengan dua raka‘at pertama.

9. Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke rukun yang lain.

10. Membaca semasa mengangkat kepala daripada ruku‘.

11. Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali.

12. Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika duduk tasyahhud.

13. Duduk secara iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada selain mereka yang masbuq dan yang lupa.

14. Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.

15. Berdoa dan ta‘awwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah selepas tasyahhud akhir.

16. Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.

17. Khusyu‘, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan sembahyang dan memberi perhatian kepada setiap patah perkataan yang diucapkan.
elbar
Village Level

Post: 78
 
Reputasi: 0

Reply
 


Pergunakan juga aplikasi
Alquran Online
dan Terjemahan nya, sebagai bahan kajian atau sumber
Keyboard Virtual HurufArab/Arabic untuk menulis huruf arab/arabic

Thread Tools Search this Thread
Search this Thread:

Advanced Search




Similar Threads
Thread Original Poster Forum Replies
Pembahagian Solat - Solat Nafilah elbar Islam 0
Pembahagian Solat - Solat Fardhu elbar Islam 0
Perkara Yang Membatalkan Solat elbar Islam 0
Perkara Makruh Dalam Solat elbar Islam 0
perkara baru dalam agama adalah bid`ah nurcahyo Islam 0


Pengumuman Penting

Cari indonesiaindonesia.com
Cari Forum | Post Terbaru | Thread Terbaru | Belum Terjawab


Powered by vBulletin Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.