Kerja malam merusak kualitas sperma

faiza_301

New member
Sekiranya seseorang (samada lelaki atau wanita) sentiasa bekerja waktu malam, kesuburannya pasti rusak. Terutamanya wanita.

Melalui satu kajian di University of Southampton ,British menunjukkan bahwa bekerja malam akan memberi efek negatif kepada kesuburan wanita, justeru kadar ketidaksuburan wanita turut meningkat sehingga 80%, kadar keguguran juga lebih 29% berbanding dengan wanita yang bekerja pada waktu normal. Selain itu, bekerja bergantian shift juga merusak kesehatan wanita, contohnya peluang mengalami siklus haid yang tidak teratur setinggi 33% berbanding dengan kaum wanita yang lain.

Bekerja waktu malam berhubungan dengan kesuburan wanita mungkin disebabkan dengan pekerjaan dan siklus tidur yang tidak teratur telah mengakibatkan gangguan jam biologis. Jam biologis pula memainkan peranan besar dalam kontrol rembesan hormon,suhu badan,tekanan darah dan kadar jantung.

Sekiranya seseorang lelaki dewasa yang berada dalam waktu kesuburan senantiasa tidak tidur sepanjang malam, motiliti dan kuantitas sperma akan merusak dan mengakibatkan ketaksuburan bersifat sementara. Kebanyakan lelaki yang menjalankan ujian analisa air mani selepas balik dari kerja malam, hasil biasanya tidak ideal. Sebaliknya sekiranya seseorang lelaki menjalankan ujian tersebut selepas mendapat masa tidur yang mencukupi, maka hasilnya akan lebih ideal.

Ini disebabkan oleh senantiasa tidak tidur semalaman akan merusak tahap rembesan hormon estrogen dan menyebabkan gangguan endokrin . Sistem endokrin yang terdiri dari kelenjar yang bertanggungjawab untuk menciptakan dan mengatur hormon-hormon yang diperlukan untuk fungsi-fungsi tubuh penting.Jadi ketakseimbangan endokrin akan merusak kualiti sperma dan berlakunya pencairan sperma atau dikenali sebagai liquifaksi yang tak ideal, ia juga merupakan salah satu punca ketidaksuburan lelaki.

Secara amnya, sperma yang baru dikeluarkan kental sekali dan akan mencair antara 15-60 menit. Cairan air mani(sperma dan sel nutrient) yang terlalu kental mengakibatkan sel sperma sulit bergerak. Jika sperma tidak mencair dalam 60 menit, maka ini akan menyebabkan sperma susah keluar dari air mani selepas masuk ke ######. Ini akan menyebabkan kekurangan kuantitas sperma yang dapat disenyawakan.

Dari segi perobatan cina, tak tidur sepanjang malam akan menjejaskan kesuburan. Organ-organ dalam tubuh badan manusia adalah berhubungan sesama lain. Jika seseorang tidak beristirahat semalaman, maka bagian badan yang mengalami efek buruk ialah hati. Ini karena hati tak dapat menjalankan proses detokfikasi dengan lancar, jadi bahan toksik akan terkumpul dalam badan dan merusak kesehatan dan kesuburan.

Untuk mengekalkan kesuburan, harap agar boleh beristirahat pada pukul 11 malam dan menghindari dari merokok dan minum alkohol semasa bersedia untuk kehamilan.
 
Last edited:
Back
Top