Makanan yang meringankan tekanan

faiza_301

New member
Selalu berada dalam bayangan kemurungan dan kegelisahan atas tekanan kerja yang semakin bertambah?

Sentiasa sakit kepala, bernafas cungap-cangip,rasa khawatir,tidak dapat menumpukan perhatian malah tidak dapat tidur dengan lena?

Mengonsumsi makanan yang betul mungkin dapat membantu anda meringankan tekanan.

Vitamin B : Vitamin B merupakan gizi penting dalam meringankan tekanan,termasuk B1,B2,B6,B12,folid acid dan sebagainya. Ia dapat membantu melaraskan dan mengimbangkan sistem endokrin dan menenangkan emosi. Apabila kekurangan Vitamin B dalam badan,akan terasa kelesuan dan keletihan, dan kesehatan badan akan terjejas apabila keadaan ini berkekalan dalam jangka panjang.
contoh : bijirin,sayur-sayuran yang berwarna hijau gelap,susu berlemak rendah dan kekacang.

2. Kalsium : selain daripada mengekalkan kepadatan normal tulang, juga berperan dalam menstabilkan mental dan emosi.
contoh : susu,yogurt,kacang almond

3. Magnesium : melegakan ketegangan otot dan juga menstabilkan denyutan jantung,menenangkan emosi.
contoh : pisang,ubi kentang,bayam,kismis

4. Vitamin C : membantu dalam meghasilkan kortikotropin untuk menentangi tekanan mental.
contoh : buah cheri,lemon,tembikai susu,anggur

5. Makanan berserat : kehidupan yang terbayang dalam tekanan untuk jangka masa panjang akan menyebabkan sembelit, jadi melebihkan makanan berserat tinggi untuk melancarkan perkumuhan.
contoh : beras perang,sayur-sayuran,betik,oren

Meskipun jenis makanan seperti diatas dapat membantu melegakan kemurungan dan tekanan, tetapi ia bukanlah merawat dari akar umbi. Jadi mengamalkan pola makanan yang betul dan bantuan alternative untuk meringankan tekanan adalah diutamakan.


5 makanan yang meninggikan tekanan mental dan emosi
Elakkan mengambil jenis makanan seperti dibawah:

Makanan berminyak : aiskrim,ayam goreng,kentang goreng,pizza,burger,kek keju dan lain-lain lagi. Makanan ini akan membangkitkan rasa ingin tidur,sekiranya makan bersama dengan minuman berkafein seperti coke atau teh,maka akan terasa kepenatan selepas 2-3 jam. Ia juga akan menjejaskan kualiti tidur pada waktu malam.

Makanan bergaram lebih : kentang goreng,mee segera,jeruk,sos tomato,makanan dalam tin,sosej dan lain-lain makanan yang mengandungi garam tinggi memburukkan sistem peredaran badan,memperlahankan metabolisme dan menyebabkan kepenatan dan keletihan.

Makanan bergula lebih : atas sebab makanan bergula lebih seperti jus yang bercampur gula,kek dan minuman ringan mudah diserap oleh badan dan akan menyebabkan paras glukosa dalam darah naik mendadak dan turun lagi yang mana memgakibatkan keletihan dan menjejaskan ketenangan dan kestabilan emosi.

Minuman berkafein : meminum kopi, coke dan teh dalam jumlah yang sesuai boleh menyegarkan dan berasa ceria, tetapi sekiranya mengambil jumlah yang berlebihan,rembesan adrenalina bertambah dan menyebabkan mudah marah dan mengganggu tidur. Disarankan supaya meminum teh jasmine dan teh lavender demi melegakan tekanan mental dengan lebih berkesan dan berkekalan.

Makanan goreng : pengambilan makanan goreng yang berlebihan terutamanya semasa hari panas akan memburukkan lagi tekanan mental .


sumber : https://www.facebook.com/notes/pria-wanita/makanan-yang-meringankan-tekanan/574634909331590
 
Makanan klo lg laper terasa enak bgt y
Ehhh pas perut lg kenyang makanan enak mlh terasa gk enak.knp bs bgtu yuaaaa
 
Back
Top