Gemuk dan siklus haid yng tidak teratur punca PCOS?

faiza_301

New member
PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome atau Sindrom Ovari Polisistik) adalah penyakit hormon yang melibatkan sistem reproduktif wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka. Ketakseimbangan hormon tumbesaran folikel terbantut dan gagal mengeluarkan telur dan terkumpul dalam indung telur. Lama-kelamaan membangkitkan gejala-gejala seperti kegemukan, siklus haid yang tidak teratur,ketaksuburan,keguguran berulang, Hirsutisme (pertumbuhan rambut yang berlebihan pada wanita) malahan kemurungan. Sekiranya tidak berjumpa dengan dokter untuk perawatan, maka akan memburukkan lagi keadaan yang mana mengakibatkan ketaksuburan atau keguguran berulang, malah mengalami kanker indung telur atau kanker serviks semasa tempoh menopause (putus haid) jika keadaan bertambah kritis.

Sekiranya ibu mengalami PCOS maka anak perempuan berisiko 20-30% dalam mengalami penyakit yang sama. Selain itu, golongan wanita yang mempunyai penyakit keturunan keluarga seperti diabetes jenis 2,tekanan darah tinggi dan sakit jantung juga berisiko tinggi dalam mengalami PCOS.

Menurut pakar, embrio mempunyai sejumlah 400-500 juta telur dalam kedua-dua indung telur dan setiap telur dikelilingi oleh lapisan sel yang mana akan menjadi folikel-folikel. Selepas akil baligh, folikel akan berkurangan sehingga 30-50 juta dan hanya 400-500 biji akan dibebaskan melalui ovulasi dalam sepanjang hayat seseorang wanita.

Ovulasi yang normal akan berlaku pada setiap bulan, dan hormon LH dan FSH adalah penting dalam bertangggungjawab terhadap pembentukkan telur dalam rahim. Namun, ketakseimbangan kedua-dua hormon ini akan menyebabkan ovulasi terhalang,akhirnya folikel-foikel terkumpul dalam indung telur dan terjadi PCOS.

Penghidap sakit jantung berisiko tinggi
Antara faktor yang menyebabkan ketakseimbangan adalah genetik,diabetes,stres,pola pemakanan yang tidak sehat dan kegemukan. “sekiranya ibu menghidapi PCOS,maka anak perempuan mempunyai risiko 20-30% dalam mengalami PCOS. Di samping itu,wanita yang mengalami diabetes jenis 2,hipertensi dan sakit jantung juga berisiko dalam menghidapi PCOS. Ini disebabkan insulin yang berpekatan tinggi akan merangsang sel-sel folikel dan membebaskan lebihan hormon lelaki,seterusnya merangsang kelenjar pituitari untuk mengeluarkan hormon LH,akhirnya mengakibatkan anovulasi(tidak bertelur),penghentian haid dan ketaksuburan.

Stres juga merupakan punca kepada PCOS yang mana pembuluh darah sistem pembiakan akan menguncup dan menyebabkan ketakseimbangan hormon. Maka masalah penghentian haid,siklus haid berpanjangan atau anovulasi akan terbangkit,malah keguguran akan berlaku jika dalam keadaan kritis. Selain itu,semasa badan kami menanggung tekanan yang terlebih,sistem pencernaan,emosi,sistem keimunan,keingatan dan fungsi sistem pembiakan turut terjejas.

Golongan yang terlebih makan dan kurang senaman juga akan mengalami PCOS disebabkan metabolisme yang menurun. Kegemukan akan mengurangkan hormon ekstrogen dan terjadi anovulasi ekoran PCOS. Ini disebabkan tisu adipos akan mengubahkan hormon ekstrogen kepada hormon lelaki,jadi golongan wanita yang terlebih berat badan biasanya akan terjadi sifat kelelakian,siklus haid yang tidak teratur. Cara penyelesaian yang utama ialah penurunan berat badan.

Pakar mengingati golongan wanita yang tidak berniat beranak, jangan abaikan masalah PCOS yang mana ia bukan sahaja mengakibatkan ketaksuburan bahkan juga terjadi kanker. “Ini karena tanpa ovulasi menyebabkan hormon tidak dapat berfungsi dengan baik yang mana telur tertinggal dalam indung telur,akhirnya terjadi kanker indung telur.

Di samping itu, atas sebab penghidap PCOS tidak datang haid,endometrium tidak terkeluar juga menyebabkan penghidap berisiko dalam mengalami kanker uterus.


Pria & Wanita
 
Back
Top