Cara beriman dengan hari kiamat

suarapemuda

New member
Beriman dengan hari kiamat ada 2 cara:

1) Beriman dengan secara ijmali(umum), iaitu wajib kita percaya dan iktiqad bahawasanya segala barang yang atau perkara yang akan berjumpa yakni seseorang itu akan merasai selepas mati. Di masa di dalam kubur sehingga masuk ahli syurga ke dalam syurga dan masuk ahli neraka ke dalam neraka. Sepertimana yang dikhabarkan dan yang diceritakan oleh Nabi Muhammad saw sekeliannya benar dan tetap akan berlaku.

2) Beriman dengan secara tafsili(terperinci), iaitu wajib kita percaya dan iktiqad atau percaya dan ketahui bahawasanya permulaan barang yang dijumpai dan didapati oleh seseorang di masa di dalam kubur daripada nikmat atau azab dari Allah swt. Maka mendapatlah oleh orang yang beriman atau mukmin yang taat itu akan kesenangan, nikmat dan diluaskan serta diterangkan kuburnya. Dan mendapatlah oleh orang yang kafir dan mukmin yang derhaka akan azab dan seksa. Gelap kubur dan disempitkan kuburnya sehingga berselisih tulang rusuknya.

i) Wajib kita percaya dan ketahui bahawasanya lagi akan ada soalan-soalan daripada Mungkar dan Nakir kemudian daripada mati masa didalam kubur melainkan beberapa orang yang dikecualikan. Setengah daripadanya ialah orang yang mati syahid. Orang yang mati di masa atau pada hari Jumaat. Orang yang sentiasa membaca surah al-Ikhlas di masa sakit matinya dan lain-lain.

Mereka akan menyoal: Siapa Tuhanmu? Siapa nabimu? Siapa imammu? Apakah kiblatmu? dan siapakah saudaramu? Mungkar dan Nakir ini seperti yang tersebut di dalam hadis tubuhnya hitam seperti periuk tembaga. Biru dua matanya, dan pada satu riwayat matanya seperti kilat yang menyambar. Suara keduanya seperti guruh, apabila menyoal keduanya akan mayat yang derhaka keluar daripada mulut keduanya seperti api, pada tangan keduanya ada pemukul daripada besi, jika dipukul dengan dia akan bukit nescaya hancur akan ia, menjerkah atau mengherdik keduanya akan orang kafir atau munafik atau orang fasik. Jika tidak kuasa menjawab pertanyaan keduanya maka memukul keduanya dengan pemukul daripada besi itu dan disempitkan kuburnya dan dibukakan satu pintu daripada neraka menerusi kuburnya. Bertiuplah angin neraka ke dalam kuburnya sehingga hari kiamat.

Dan jika bertanya keduanya akan orang mukmin yang taat, maka datang keduanya dengan rupa yang sangat elok, baik paras rupanya, dan pakaiannya sangat cantik dengan suara yang lemah lembut. Apabila boleh menjawab pertanyaan keduanya, maka berkata keduanya pada mayat," Tidurlah kamu seperti tidur pengantin". Dan diluaskan kuburnya, dan dibukakan satu pintu daripada pintu syurga menerusi kuburnya. Bertiuplah angin syurga ke kuburnya sehingga hari kiamat.

Baca artikel di:
http://rahsiailmu.blogspot.com
 
Back
Top