Apa itu Menopos

nurcahyo

New member
Apa itu Menopos dan
KEKURANGAN ESTROGEN?

Menopos menandakan penamatan haid. Ia juga menandakan penamatan kesuburan atau kemampuan untuk mengandung. Seperti kita katakan pada awalnya, menopos berlaku akibat kekurangan estrogen.

Estrogen adalah satu di antara dua hormon utama wanita; yang lain itu progesterone. Ovari, yang melepaskan telur, mengeluarkan kedua-dua hormon itu. Sebelum menopos berlaku, salah satu fungsi estrogen ialah mengawal kitaran biakan dengan mengatur pembinaan lapisan didalam rahim; progesterone kemudiannya menanggalkan lapisan itu sekiranya tiada kehamilan. Bila ovari berhenti mengeluarkan telur, biasanya bila wanita berusia diantara 40 dan 50, ovari itu akhirnya berhenti mengeluarkan estrogen. Pendarahan bulanan kian susah dijangka - lebih cair dan kurang datang untuk sesetengah wanita, lebih pekat dan lebih kerap, untuk yang lain - dan akhirnya berhenti. Pendarahan bulanan akan berhenti sama sekali bila wanita itu telah menjalani pembuangan rahim - iaitu bila rahim dan dalam banyak keadaan, ovari dikeluarkan melalui pembedahan histerektomi.

Ramai wanita meminta nasihat doktor bila mereka mengesan perubahan dalam corak pendarahan bulanan dan pada masa inilah merka mungkin mendengar buat pertama kali perkataan putus haid atau menopos. Ini juga masa yang terbaik untuk mula menimbangkan TPH

Estrogen membawa kesan-kesan utama pada tubuh wanita. Kekurangan estrogen boleh menyebabkan pelbagai gejala, mendatangkan perasaan kurang selesadan menyusahkan kenikmatan hidup. Memandangkan purata jangka hayat wanita kini adalah 75-80 tahun, anda mungkin terus hidup semala 25 atau 40 tahun dalam keadaan kekurangan estrogen. Jika bukan setakat wanita mungkin merasa serba kurang selesa buat jangka pendek, mereka mungkin mengalami osteoporosis dan penyakit jantung buat jangka panjang. Hidup sengsara sedemikian bukan idaman dan tidak perlu sama sekali.

Article lain:

1.

Apakah kesan kekurangan estrogen pada wanita ?
2.

Bagaimana pembekalan semula estrogen boleh membantu ?

Dipetik daripada Kekurangan Estrogen: Apakah pentingnya untuk anda, Program prihatin kesihatan wanita WYETH
 
Back
Top