Kebanyakan orang mengetahui istilah lahir kembali dalam pengertian seo

merpatiputih

New member
Lahir Kembali [172]



Kebanyakan orang mengetahui istilah lahir kembali dalam pengertian seorang Kristian. Namun ramai yang tidak memahami erti dan proses yang terlibat dalam istilah ini. Kristus telah menyampaikan pengajaran mengenai persoalaan ini seperti yang dicatat oleh Yohanes dalam Yohanes 3:1-21. Ada beberapa konsep yang terlibat didalam ayat-ayat ini yang diabaikan di dalam karismatik moden terhadap istilah lahir kembali.



Yohanes 3:1-21 Adalah seorang Farisi yang bernama Nikodemus, seorang pemimpin agama Yahudi. 2 Ia datang pada waktu malam kepada Yesus dan berkata: “Rabi, kami tahu, bahawa Engkau datang sebagai guru yang diutus Allah; sebab tidak ada seorangpun yang dapat mengadakan tanda-tanda yang Engkau adakan itu, jika Allah tidak menyertainya.” 3 Yesus menjawab, kataNya: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan kembali, ia tidak dapat melihat Kerajaan Allah.” 4 Kata Nikodemus kepadaNya: “Bagaimanakah mungkin seorang dilahirkan, kalau ia sudah tua? Dapatkah ia masuk kembali ke dalam rahim ibunya dan dilahirkan lagi?” 5 Jawab Yesus: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan dari air dan Roh, ia tidak dapat masuk ke dalam Kerajaan Allah. 6 Apa yang dilahirkan dari daging, adalah daging, dan apa yang dilahirkan dari Roh, adalah roh. 7 Janganlah Engkau heran, kerana Aku berkata kepadamu: kamu harus dilahirkan kembali. 8 Angin bertiup kemana ia mahu, dan engkau mendengar bunyinya, tetapi engkau tidak tahu dari mana ia datang atau ke mana ia pergi. Demikianlah halnya dengan tiap-tiap orang yang lahir dari Roh.” 9 Nikodemus menjawab, katanya: “Bagaimanakah mungkin hal itu terjadi?” 10 Jawab yesus: “Engkau adalah pengajar Israel, dan engkau tidak mengerti hal-hal itu? 11 Aku berkata kepadamu, sesungguhnya kami berkata-kata tentang apa yang kami ketahui dan kami bersaksi tentang apa yang kami lihat, tetapi kamu tidak menerima kesaksian kami. 12 Kamu tidak percaya, waktu Aku berkata-kata dengan kamu tentang hal-hal duniawi, bagaimana kamu akan percaya, kalau Aku berkata-kata dengan kamu tentang hal-hal sorgawi? 13 Tidak ada seorangpun yang telah naik ke sorga, selain daripada Dia yang telah turun dari sorga, iaitu Anak Manusia. 14 Dan sama seperti Musa meninggikan ular di padang gurun, demikian juga Anak Manusia harus ditinggikan, 15 supaya setiap orang yang percaya kepadaNya beroleh hidup yang kekal. 16 Kerana begiru besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepadaNya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal. 17 Sebab Allah mengutus AnakNya ke dalam dunia bukan untuk menghakimi dunia, melainkan untuk menyelamatkannya oleh Dia. 18 Barang siapa percaya kepadaNya, ia tidak akan dihukum; barang siapa tidak percaya, ia telah berada dibawah hukuman, sebab ia tidak percaya dalam nama Anak Tunggal Allah. 19 Dan inilah hukuman itu: Terang telah datang ke dalam dunia, tetapi manusia lebih menyukai kegelapan daripada terang, sebab-perbuatan-perbuatan mereka jahat. 20 Sebab barang siapa berbuat jahat, membenci terang dan tidak datang kepada terang itu, supaya perbuatan-perbuatannya yang jahat itu tidak nampak; 21 tetapi barang siapa melakukan yang benar, ia datang kepada terang, supaya menjadi nyata, bahawa perbuatan-perbuatannya dilakukan dalam Allah.”



Perkataan Lahir kembali berasal dari SGD 1080 gennaõ yang bererti menjadikan bapa atau ibu dan diibarat ertikan diperbaharui seperti dilahirkan kembali atau dibuat atau tumbuh kembali.



Usul saranan yang terdapat disini ialah:

1. Tiada orang yang tidak dilahirkan kembali akan mewarisi Kerajaan Allah.

Pernyataan ini berdasarkan alasan bahawa daging tidak akan mewarisi Kerajaan Allah.

1Korintus 15:50 Saudara-saudara, inilah yanghendak kukatakan kepadamu, iaitu bahawa daging dan darah tidak mendapat bahagian dalam Kerajaan Allah dan bahawa yang binasa tidak mendapat bahagian dalam apa yang tidak binasa.



Justru itu, manusia dengan keadaannya yang tidak benar dan adil tidak akan mewarisi Kerajaan ini.

1Korintus 6:9-10 Atau tidak tahukah kamu, bahawa orang-orang yang tidak adil tidak akan mendapat bahagian dalam Kerajaan Allah? Janganlah sesat! Orang cabul, penyembah berhala, orang berzina, banci, orang pemburit, 10 pencuri, orang kikir, pemabuk, pemfitnah dan penipu tidak akan mendapat bahagian dalam Kerajaan Allah.



Inilah pekerjaan daging itu dimana ianya diulang lagi dalam bentuk yang berlainan dalam buku Galatia.

Galatia 5:19-26 19 Perbuatan daging telah nyata, iaitu: percabulan, kecemaran, hawa nafsu, 20 penyembahan berhala, sihir, perseteruan, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri, percideraan, roh pemecah, 21 kedengkian, kemabukan, pesta pora dan sebagainya. Terhadap semuanya itu Kuperingatkan kamu – bahwa barangsiapa melakukan hal-hal yang demikian, ia tidak akan mendapat bahagian dalam Kerajaan Allah.



Perbuatan yang boleh mewarisi Kerajaan Allah dinyatakan dalam ayat-ayat yang seterusnya.

22 Tetapi buah Roh ialah: kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, 23 kelemah-lembutan, penguasaan diri. Tidak ada hukum yang menentang hal-hal itu. 24 Barangsiapa menjadi milik Kristus Yesus, ia telah menyalibkan daging dengan segala hawa nafsu dan keinginannya. 25 Jikalau kita hidup oleh Roh, baiklah hidup kita juga dipimpin oleh Roh, 26 dan janganlah kita gila hormat, janganlah kita saling menentang dan saling mendengki.



Iman harus dikembangkan dalam Roh. Justru, kelahiran kembali haruslah berbentuk spiritual. Ianya bukan konsep fizikal Inilah sebab mengapa Kristus menyamakannya dengan angin yang tidak boleh dilihat. Proses kewarisan melalui iman dan kesabaran dalam ketekunan ini diperkuatkan dalam Ibrani 6:12.



Ramai orang yang telah menolak aliran utama atau sistem hairaki keagamaan dan mempunyai fahaman salah mengenai syarat-syarat yang diberikan kepada umat pilihan untuk bekerja tekun didalam iman. Gereja awal bukan dalam sistem hairaki tetapi ia juga teratur dan tekun, berdasarkan kerja melalui pengorbanan diri serta pelayanan yang baik. Sesiapa yang mempunyai kurang mentalitas, atau yang menyalahgunakan struktur hairaki, cuba untuk menghindari aktiviti yang teratur melalui penolakan struktur yang teratur. Ini adalah doktrin yang salah dan akan diteliti secara berasingan. Dilahirkan kembali bermaksud dilahirkan kembali bagi pekerjaan iman didalam struktur gereja iaitu tubuh Yesus Kristus. Struktur ini bukan dalam sistem Hairaki namun teratur serta berdisiplin, bertindak dibawah hukum Alkitab. Akan tiba masanya dimana tidak ada seorangpun yang dapat bekerja (Yoh 9:4) tetapi masa itu belum tiba. Tugasan bagi seorang askar ialah menyelenggarakan serta berlawan bilamana negaranya berada dalam peperangan. Israel akan berperang sehingga kedatangan Mesiah dan penaklukan bangsa ini. Kegagalan untuk bertindak dalam pelayanan Tuhan merupakan pelayanan diri yang tidak tertib.



1Petrus 3:8-9 menunjukkan semangat dimana semangat dalam aktiviti serta kesatuan dalam jemaat berkembang dan ayat-ayat sehingga ayat ke-21 menunjukkan maksud dan kuasa.



1Petrus 3:8-21 Dan akhirnya, hendaklah kamu semua seia sekata, seperasaan, mengasihi saudara-saudara, penyayang dan rendah hati, 9 dan janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan, atau caci maki dengan caci maki, sebaliknya, hendaklah kamu memberkati, kerana untuk itulah kamu dipanggil, iaitu untuk memperoleh berkat. Sebab: 10 “Siapa yang menyintai hidup dan mahu melihat hari-hari baik, ia harus menjaga lidahnya terhadap yang jahat dan bibirnya terhadap ucapan-ucapan yang menipu. 11 Ia harus menjauhi yang jahat dan melakukan yang baik, ia harus mencari perdamaian dan berusaha mendapatkannya. 12 Sebab mata Tuhan tertuju kepada orang-orang benar, dan telingaNya kepada permohonan mereka yang minta tolong, tetapi wajah Tuhan menentang orang-orang yang berbuat jahat.”



Konsep menjadi seperasaan yang telah disalah pakai dalam cara pemujaan untuk mengosongkan fikiran, merupakan kesetiaan kepada doktrin yang salah. Harus ada belas kasihan serta cinta sebagai saudara-saudara. Cemuhan dan tuduhan seharusnya tidak ada di kalangan umat pilihan. Bagaimanapun keadaan hubungan manusia ini, telah menjadi ciri-ciri gereja-gereja pada alaf yang kedua puluh. Konsep dan kebenaran tidak pernah, atau jarang sekali berlaku didalam perkara yang serius melainkan menyerang individu serta memfitnah. Daripada menyelesaikan persoalan, individu itu diserang diatas sikap mereka atau cara mereka berbicara. Jagalah lidahmu terhadap yang jahat dan bibirmu terhadap ucapan-ucapan yang menipu (Maz 32:2; 34:13; 1Tes 2:3; 1Pet 2:1,22; 3:10; Wah 14:5). Memegahkan diri dan meninggikan orang lain merupakan dosa (Yak 2:1-9). Kristus memuji seorang yang tidak mempunyai kepalsuan dalam dirinya dalam Yohanes 1:47.

Yohanes 1:45-51 Filipus bertemu dengan Natanel dan berkata kepadanya: “Kami telah menemukan Dia, yang disebut oleh Musa dalam kitab Taurat dan oleh para nabi, iaitu Yesus, anak Yusuf dari Nazaret.” 46 Kata Natanael kepadanya: “Mungkinkah sesuatu yang baik datang dari Nazaret?” 47 Kata Filipus kepadanya: “Mari dan lihatlah!” Yesus melihat Natanael datang kepadaNya, lalu berkata tentang dia: “Lihat, inilah seorang Israel sejati, tidak ada kepalsuan di dalamnya!” 48 Kata Natanael kepadaNya: “Bagaimana Engkau?” Jawab Yesus kepadanya: “Sebelum Filipus memanggil engkau, Aku melihat engkau di bawah pohon ara” 49 Kata Natanael kepadaNya: “Rabi, Engkau anak Allah, Engkau Raja orang Israel!” 50 Yesus menjawab, kataNya: “Kerana Aku berkata kepadamu: Aku melihat engkau di bawah pohon ara, maka engkau percaya? Engkau akan melihat hal-hal yang lebih besar daripada itu.” 51 Lalu kata Yesus kepadanya: “Aku berkata kepadamu, sesunggfuhnya engkau akan melihat langit terbuka dan malaikat-malaikat Allah turun naik kepada Anak Manusia.



Disini Natanael menyatakan pandangan mengenai Nazaret, tetapi dia bersifat terbuka dalam pandangannya. Dia terlalu mudah untuk diyakinkan walaupun dengan bukti yang ringan. Natanael dijanjikan satu panggilan. Ayat dalam 1Petrus 3 diteruskan.
 
Back
Top