ni negara asal Nenek Moyang gue.. CHINA

Kalina

Moderator
China (Tulisan Cina Tradisional: 中國, Tulisan Cina Mudah: 中国, pinyin: Zhōnggu� Wade-Giles: Chung-kuo) merujuk beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama kira-kira 3,500 tahun di Asia Timur. China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud sebagai suatu tamadun,negeri atau negara ataupun beberapa tamadun, negeri atau negara yang berkecempung di tempat yang sama.

Dengan kewujudan ia sebagai salah suatu entiti yang paling lama wujud di permukaan dunia ini dan pengamalan salah satu daripada sistem tulisan paling lama di dunia Sejarah China seringkali dikarekterkan sebagai satu yang dipenuhi nostalgia divisi dan penggabungan semula diantara masa-masa peperangan atau keamanan, dan penukaran dinasti yang ganas. Keluasan kawasan negara ini berkembang daripada satu titik tolak punca di Kawasan Rata Utara China, dan keberkesanan/kelajuannya bergantung kepada nasibnya untuk menelan kawasan-kawasan timur,timurlaut dan Asia Tengah. Selama beberapa abad lamanya, Empayar China juga merupakan antara tamadun yang termaju di dunia dan pusat pengaruh Asia timur dengan kesan kuat yang masih dirasai pada hari ini.

Menjelang abad ke 19 dan 20, pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraan China jatuh pada masa yang sama kuasa-kuasa Barat dan Jepun muncul sebagai kuasa baru dunia. Semi-Kolonisme muncul di sesetengah kawasan-kawasan China pada akhir abad ke 19 dengan pengambilan Hong Kong oleh British, Macau oleh Portugis dan Taiwan oleh Belanda dan Sepanyol. Empayar Jepun juga meceroboh China pada Perang Dunia II. Empayar China musnah dengan penubuhan Republik China pada tahun 1912 oleh Sun Yat-sen. Kendatipun begini, empat dekad yang berlalu selepas itu menampakkan kegagalan negara baru ini mempertahankan dirinya diserang pemberontak, Perang China-Jepun II, dan Perang Saudara China dimana ahli Kuomintang nasionalis terpaksa bertempur dengan Parti Komunis China Gongchandang.

Selepas kemenagan Komunis di China berikutan berakhirnya perang itu, pemimpinnya Mao Zedong mengistiharkan Republik Rakyat China pada tahun 1949 dan memaksa Republik China bersama kerajaan Kuomintangnya berundur ke pulau Taiwan, yang diperintah ia sejak berakhirnya Perang Dunia II. Dalam satu pertikaian yang terus berlangsung, Kuomintang yang kini kehilangan mandat memerintah di Taiwan diganti pemimpin baru yang mahu mewujudkan Republik Taiwan yang merdeka bagi pulau itu. Kerajaan komunis di tanah besar menentang ini dan berjanji akan berperang dengan Taiwan semula jika ia berlaku. Kerajaan di Taiwan juga masih memerintah cebisan pulau provinsi Fujian China dan secebisan kepulauan di Laut China Selatan.
 
Last edited by a moderator:
Terminologi

"Zhongguo"

China dipanggil Zhongguo dalam Bahasa China Mandarin (Mudah: 中国, Tradisional: 中國; juga dirumikan sebagai Jhongguo atau Chung-kuo), yang biasanya diterjemahkan sebagai "Negara Tengah", tetapi juga boleh diterjemah sebagai "Negeri Pusat" atau "Negara Pusat". Zhong (中) bermaksud "tengah" atau "pusat" manakala guo (国 atau 國) bermaksud "negara" atau "negeri", merujuk kepada dakwaan yang China merupakan negara yang berada ditengah "kawasan yang diketahui dunia" dan dikelilingi oleh negara-negara yang berstatus rendah lain yang memberi penghormatan bunga emas.

Gelaran ini tidak digunapakai disepanjang sejarah kewujudan China, dan membawa beberapa takrifan yang positif serta negatif terhadap penggunaannya, merangkumi ideologi, politik dan budaya. Negeri-negeri pada awal sejarah China tidak dipanggil "Zhongguo". Semasa Waktu Musim Bunga dan Musim Luruh, ia hanya digunakan untuk merujuk negeri-negeri yang berketurunan daripada Dinasti Zhou Barat di lembah sungai Huang He dan tidak termasuk negeri-negeri lain yang wujud pada ketika itu juga, seperti negeri Qin dan Chu. Orang Cina dengan ini menanggap negara mereka sebagai suatu yang berasingan dari segi budaya dan politik daripada negara-negara sekelilingnya, suatu konsep yang terus wujud sehingga Dinasti Qing, sekalipun sewaktu keluasannya ia menelan pengaruh asing yang dijumpainya.

Zhongguo dengan serta merta merujuk kepada kawasan yang lebih selatan, semasa unit budaya dan politik yang belum lagi menjadi "negara" dalam maksud modennya, dan menelan kawasan sungai Yangtze dan sungai Mutiara dan bila tibanya waktu Dinasti Tang ia juga merangkumi rejim-rejim "negara bawahan" seperti Xianbei dan Xiongnu. Mongolia Dalam, provinsi Xinjiang dan provinsi Xizang (Tibet) dan pulau Taiwan pengaruh China amat kuat dan kerajaannya mula secara langsung memerintah tempat-tempat ini. Perkataan Zhongguo pada hari ini pula dipertikaikan pengunaannya yang betul terutama apabila ia merujuk kepada kerajaan PRC di tanah besar China.

Sebelum dan semasa Dinasti Han, Zhongguo mempunyai tiga maksud berbeza:

  1. Kawasan dipersekitaran ibu negara dan kawasan jajahan. Buku Pantun memberikan maksud ini secara khusus dan terang. .
  2. Kawasan yang didalam gengaman pemerintah "pusat". Rekod Sejarah mengatakan: "Lapan gunung adalah terkenal dalam empayar ini, tiga daripadanya merupakan milik orang bawahan Man dan Yi, manakala lima berada di dalam Zhongguo."
  3. Kawasan yang kini dipanggil Kawasan Datar China Utara. Buku Sanguo Zhi merekodkan monolog berikut: "Jika kita mahu memujuk hos Wu dan Yue (kawasan di selatan provinsi Jiangsu dan utara provinsi Zhejiang) untuk menentang Zhongguo, kita mestilah memutuskan hubungan dengan mereka pada masa terdekat." Dalam maksud ini, perkataan ini sama dengan maksud Hua (華) dan Xia (夏).

Semasa waktu divisi selapas ketajatuhan Dinasti Han, panggilan Zhongguo ditukar maksudnya disebabkan kemasukan beramai-ramai pengembara nomad daripada sempadan utara dan kehilangan lembah Sungai Kuning, iaitu asal tamadun China. Sebagai contoh, golongan Xianbei memanggil rejim Wei Utara mereka Zhongguo dan membandingkan ia dengan dinasti-dinasi selatan yang mereka panggil Yi (夷), yang bermaksud "orang bawahan". Dinasti-dinasti selatan pula mengelar rejim utara tadi Lu (虏), yang bermaksud "banduan" atau "pesalah". Dalam ini, Zhongguo merupakan suatu cara pengesahan kewujudan politik. Gelaran ini digunapakai sebegini daripada abad ke 10 keatas daripada dinasti-dinasi yang berlawanan Liao, Jin dan Song. Gelaran Zhongguo merujuk kepada kedudukan geografi, budaya dan identiti politik dan tidak kepada bangsa etnik asal.

Pada pemerintahan tanah besar China oleh Republik China dan kemudiannya, Republik Rakyat China kesemuanya telah menggunakan Zhongguo sebagai entiti yang secara teori merujuk kepada semua kawasan negara China yang berada dibawah kekuasaan mereka disamping kawasan diluar pemerintahan mereka. Dengan ini, kesemua 56 bangsa etnik dikenali sebagai Zhongguo ren (中国人), atau orang Zhongguo. Sejarah kolektif mereka dikenali sebagai sejarah bersama Zhongguo.

"China"

Bahasa Melayu dan beberapa bahasa lain yang menggunakan nama China (dan prefiks Sino-) dipercayai mendapat nama ini daripada gelaran Dinasti Qin yang menyatukan negara ini walaupun teori ini masih belum diterima secara keseluruhan. Walaupun Dinasti Qin dianggap kejam dan tidak tahan lama, ia telah menstandardisasikan bahasa bertulis China dan memberikan gelaran "Maharaja" kepada pemerintah tertinggi China dan para pedagang Jalan Sutera menggunakan nama itu. Teori alternatif kewujudan nama "China" wujud.

Dalam apa hal sekalipun, perkataan China telah memasuki pelbagai bahasa diseberangan lautan sebelum memasuki kepulauan Nusantara dan memasuki tanah Melayu. Orang Jepun menggunakan nama Shina (支那) semenjak kurun ke 19, dan kini ia merupakan perkataan yang mempunyai maksud tidak sopan dalam bahasa mereka.

Perkataan "China" boleh bermaksud kawasan China ataupun kawasan China dan Manchuria, Mongolia Dalam, Xizang (Tibet) dan Xinjiang yang menurut peta politik negara ini pada hari ini. Akan tetapi, sempadan kawasan-kawasan ini tidak sepatutnya dianggap sebagai menurut sempadan politik. Dalam konteks hari ini, perkataan "China" bererti negara tanah besar China atau Republik Rakyat China, manakala "Taiwan" digunakan untuk merujuk Republik China. Secara tidak rasmi, seperti dalam konteks ekonomi atau perniagaan, "kawasan besar China" (大中华地区) merujuk tanah besar China, Hong Kong, Macau, dan pulau Taiwan.

Ahli Sinologi mengunakan nama "China" dalam maksud yang lebih konservatif, seakan-akan pengunaan klasik Zhongguo, atau merujuk kepada Bangsa Han Cina, yang merupakan majoriti penduduk China.

Dalam sesetengah keadaan ia merupakan lebih sesuai mengunakan "tanah besar China" (中国大陆,zhōnggu? d?l? dalam bahasa Mandarin), terutama apabila membandingkan antara ia dan kawasan pentadbiran politik lain seperti Hong Kong, Macau, dan kawasan yang diperintah Republik China di Taiwan.
 
Sejarah

China merupakan antara pusat terawal tamadun manusia. Tamadun China juga merupakan salah satu daripada sedikit tamadun yang menciptakan sistem tulisannya yang tersendiri. Tamadun lain yang menciptakan tulisan tersendiri hanyalah Mesopotamia (Golongan Sumer), Tamadun lembah Indus, India, para Maya di Amerika Selatan dan tamadun Mesir purba.

Dinasti pertama menurut sumber sejarah China merupakan Dinasti Xia; akan tetapi tidak terdapat bukti arkilogi yang mengesahkan kewujudan dinasti ini. Dinasty pertama yang dapat disahkan merupakan Dinasti Shang yang menduduki lembah sungai Huang He daripada kurun ke 18 sehinggalah ke kurun ke 12 sebelum masihi (SM). Dinasti Shang pula digulingkan oleh Dinasti Zhou yang mengambil alih pemerintahan daripada kurun ke 12 sehingga ke kurun ke 5 SM. Kerajaan ini berpusat akan tetapi ini semakin terhampus dengan pemberian secara bebas tanah jajahan kepada bangsawan-bangsawan sehingga timbulnya negeri-negeri bebas dan kuat pada Era Musim Bunga dan Musim Luruh. Negeri-negeri ini hanya memberikan sedikit pengiktirafan kepada kerajaan pusat Zhou. Negeri-negeri ini kemudian dipusatkan semula dibawah pemerintahan satu maharaja China pada tahun 221 SM, iaitu maharaja Qin Shi Huang yang membawa kepada penubuhan Dinasti Qin, iaitu peyatuan semua tanah jajahan pertama dibawah China.

Kerajaan ini tidak dapat bertahan lama oleh sebab pemerintahan kuku besinya, dan bertindak memusnahkan banyak sumber-sumber yang dianggap berbahaya kepada pemerintahannya, iaitu para cendekiawan dan gologan terpelajar. Sumber-sumber ini tidak dilihat sebagai boleh membantu kerajaan dalam pentadbiran, meskipun itulah salah-satu kegunaan mereka. Selepas kejatuhan kerajaan Qin pada tahun 207 SM, muncul pula Dinasti Han, yang bertahan sehingga tahun 220 Masihi (M). Daripada dinasti inilah sumber kebanyakan orang Cina memangil diri mereka, iaitu Bangsa Han. Selepas dinasti ini era perpisahan wujud sekali lagi sehingga tahun 580, dengan penyatuan semula dibawah Dinasti Sui yang diikuti Dinasti Tang dan Dinasti Song. Pada masa inilah, China mengalami zaman emasnya. Daripada kurun ke 7 M sehinggalah kurun ke 14 M, China merupakan salah satu daripada tamadun yang paling maju di dunia dari segi teknologi, sastera dan seni lukis. Dinasti Songtumpas di tangan penjajah Mongol daripada Mongolia pada tahun 1279. Para Mongol dibawah Kublai Khan menubuhkan Dinasti Yuan, satu dinasti yang tidak disukai dan dianggap asing oleh orang Cina Han. Satu ahli golongan petani yang bernama Zhu Yuanzhang menggulingkan dinasti Yuan dan menubuhkan Dinasti Ming iaitu pemulihan pemerintahan bangsa Han terhadap negara China. Akan tetapi, China sekali lagi dijajah oleh orang asing dibawah Dinasti Qing yang ditubuhkan bangsa Manchu yang mengambil kesempatan merampas kuasa pada tahun 1644. Dinasti Qing ini ditumpaskan sekali lagi oleh bangsa Han pada tahun 1911 dengan pengusiran maharaja terakhir mereka, Puyi daripada tahkta. Bangsa Han sekali lagi gembira dengan pengambilan semula China kedalam tangan mereka.

Proses penukaran permerintahan daripada satu dinasti ke dinasti yang lain adalah sesuatu yang ganas dan melibatkan rasa tidak puas hati yang kuat terhadap golongan pemerintah. Oleh sebab ini, para pemerintah seringkali bertindak melakukan sesuatu yang akan memastikan penerusan pemerintahan mereka, seperti penanaman sifat setia terhadap mereka kedalam jiwa rakyat mereka. Sebagai contoh, selepas penggulingan dinasti Ming oleh orang Manchu, disebabkan rasa sangsi mereka terhadap bangsa Han, mereka mengambil sikap berhati-hati dalam perhubugan antara diri mereka dan bangsa tersebut, seperti memastikan semua dokumen rasmi kerajaan menggunakan bahasa Manchu disamping bahasa Cina. Akan tetapi, tindakan-tindakan preventif ini kelihatan tidak berhasil apabila para Manchu lupa bahasa dan budaya mereka dengan sepenuhnya dan menjadi sama dengan orang Cina Han.

Dalam kurun ke 18, China mendapat kemajuan teknologi yang lebih daripada para musuhnya di kawasan Asia Tengah, iaitu bangsa-bangsa yang mereka cuba untuk menjajah selama beberapa kurun kebelakangan itu. Pada masa yang sama, tamadun China terjatuh dibelakan Eropah daripada segi kemajuan teknologi. Keadaan ini menyebabkan situasi tegang pada kurun ke 19, dimana China mengambil pendekatan bertahan daripada penjajahan Barat pada masa yang sama ia menjajah kawasan Asia tengah. Lihat Penjajahan di Asia.

Akan tetapi, sebab utama penurunan standard tamadun China bukanlah disebabkan pengaruh Barat seperti didakwa para sejarahwan Barat yang sengaja memutar-belitkan fakta. Secara benarnya, penurunan tamadun ini disebabkan masalah politik dalaman. Paling utama adalah Pemberontakan Taiping yang bermula pada tahun 1851 sehingga ke tahun 1862. Perang saudara ini telah dimulai oleh pelampau ekstrimis Kristian Cina yang menganggap dirinya sebagai adik kepada Nabi Isa A.S. atau Jesus Christ, dan sejurus itu juga menganggap dirinya sebagai tuhan. Walaupun kerajaan menang dalam pentempuran ini, ia dianggap sebagai sebagai salah satu perang saudara yang paling ganas dalam sejarah manusia, dan mengorbankan sebanyak 20 juta nyawa (lebih daripada jumlah terkorban dalam Perang Dunia 1). Sebelum ini, terdapat juga beberapa pemberontakan oleh umat Islam terutama di Asia tengah. Satu lagi pemberontakan adalah Pemberontakan Boxer yang timbul akibat kebencian terhadap Barat yang suka menjajah. Maharatu Ci Xi pada masa itu secara terangnya menentang pemberontakan ini walaupun dia secara senyap menyokongnya.

Pada tahun 1912, selepas penurunan standard yang lama berlaku, empayar China akhirnya roboh dan Republik China, satu negara mengikuti definasi moden sesuatu negara, muncul. Tiga dekad selepas itu merupakan dekad yang huru-hara dan tidak aman, dan pembahagian wujud disebabkan kewujudan panglima perang, Perang China-Jepun (1937-1945) dan Perang Saudara China. Perang saudara yang berlaku berakhir pada tahun 1949 dengan penubuhan Republik Rakyat China, negara komunis yang baru ciptaan Parti Komunis China di tanah besar China. Republik baru ini mendakwa bahawa kewujudannya memansuhkan kesahihan Republik yang lama. Republik yang lama pula berpindah ke pulau Taiwan dan terus diiktiraf sebagai kerajaan sah seluruh China oleh blok Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga dekad 1970-an. Selepas dekad itu, kebanyakan negara memilih untuk mengiktiraf Republik Rakyat China pula.

Negara Britian dan Portugal menyerahkan kembali Hong Kong dan Macau kepada China pada tahun 1997 dan 1999. Nama China dalam konteks moden bermaksud kawasan tanah besar China dan tidak termasuk dua bandar yang disebut diatas dan Taiwan.

Republik Rakyat China (PRC) tidak mengiktiraf Republik China (ROC) kerana mendakwa bahawa ia merupakan entiti yang tidak lagi wujud berikutan 'penggantian'nya oleh PRC. PRC menuntuk hak perintah kesemua China termasuk Taiwan. ROC pula secara rasmi masih menuntuk hak perintah tanah besar termasuk Mongolia dan provinsi Xizang (Tibet), akan tetapi, gerak-gerinya yang terbaru menampakkan pengalihan daripada posisi ini dan kecenderungan terhadap menganggap dirinya sebagai satu entiti bebas Taiwan. PRC membantah tindakan-tindakan ini dan berkata ia mengundang perang. Isu-isu ini diterangkan secara lebih lanjut dalam rencana Kemerdekaan Taiwan, Penyatuan semula dengan China dan Status Politik Taiwan. Lihat juga Sejarah Taiwan, Sejarah Macau dan Sejarah Hong Kong.
 
Sejarah Politik

Sebelum penyatuan oleh Dinasti Qin di tahun 221 SM, "China" tidak wujud sebagai entiti yang satu. Tamadun China adalah tamadun yang beberapa negeri yang diperintah oleh raja-raja dan bangsawan-bangsawan China (王), (公), (侯), atau (伯). Walaupun terdapat satu raja pusat yang berkuasa, sesetengah bangsawan tempatan mempunyai penguruh yang kuat keatas kawasan tugasan mereka. Waktu inilah juga merupakan titik tolak permulaan pengaruh falsafah Konfuciusme dan falsafah-falsafah lain keatas pemikiran China.

Keadaan ini tamat dengan penyatuan negara oleh Dinasty Qin. Pejabat maharaja ditubuhkan dan sistem pentadbiran bureaukratik dilaksanakan. Selepas dinasti Qin, China mendapat 13 lagi dinasti yang terus melaksanakan dasar perluasan kawasan permerintahan berkonsepkan kerajaan dan bangsawanan. Kawasan jajajan bergantung kepada kekuatan dan kehebatan dinasti yang memerintah, dengan perluasan dan kuranganya tersendiri. Walau bagaimanapun maharaja mempunyai kuasa mutlak sebagai pemimpin politik dan agama China. Maharaja juga mempunyai jemaah menterinya yang tersendiri untuk menasihati baginda dalam perihal sivil dan martial, termasuk Perdana Menterinya. Ada masanya kuasa politik jatuh ketangan beberapa pegawai kerajaan, terutama apabila maharaja pada ketika itu lemah dan masih budak dan pegawai kerajaan itu cekap dalam bidang politik. Kedudukan maharaja yang jauh tersorok dalam istana dan terlindung daripada dunia luar sehinggakan maklumat yang boleh diberitahu kepadanya diubah oleh pembawanya bagi muslihat juga tidak membantu keadaan, terutama apabila umur pemerintahan tiada had bawahan dan pentadbiran diberikan kepada saudara terdekat atas dasar "kepercayaan".

Perhubugan politik dengan kawasan negara naungannya dikekalkan dengan perkahwinan antarabangsa, pertolongan ketenteraan, perjanjian dan hadiah. Antara negara naungan yang diperoleh dengan cara ini adalah negara Melaka di kawasan yang pada hari ini dikenali sebagai Malaysia.

Bandar-bandar Luoyang, Chang'an (hari ini dikenali sebagai Xi'an dan ada kalanya [[[Xijing]] (Ibu negara barat)) Beijing (Ibu negara utara) dan Nanjing (Ibu negara selatan) merupakan empat bandar yang paling banyak mendapat status sebagai ibu negara China pada sepanjang sejarahnnya. Bahasa China merupakan bahasa rasmi, meskipun pada waktu pemerintahan dinasti asing seperti Dinasti Yuan (Mongol) dan Dinasti Qing (Manchu) bahasa-bahasa mereka ini dijadikan bahasa rasmi.

Pada tarikh 1hb Januari 1912, Republik China muncul dan merupakan tanda tamatnya pemerintahan Dinasti Qing yang didominasi bangsa Manchu. Sun Yat-sen seorang yang beragama Kristian dan berbangsa Han daripada parti Kuomintang (KMT atau Parti Negara), telah diistiharkan sebagai presiden provisyenal. Yuan Shikai yang mengambil-alih daripada Sun Yat-sen bertindak tidak mengotakan janjinya dan berangan mahu menubuhkan dinasti barunya tersendiri. Hasratnya tidak kesampaian apabila beliau telah mati secara tiba-tiba sebelum sempat membawa pemerintahannya keatas keseluruhan empayar China.

Selepas kematian Yuan, China terbelah dari segi politiknya, dengan satu kerajaan yang lemah, meskipun diiktiraf Barat. Kerajaan ini berpusat di Beijing, akan tetapi, panglima perang mempunyai kuasa sebenar di setiap kawasan takhlukan mereka.

Pada penghujung kurun 1920-an, parti Kuomintang dibawah Chiang Kai-shek sedikit-sebanyak dapat menyatukan negara dibawah kerajaan berpusat di bandar Nanjing. Beliau melaksanakan rancangan politik pertengahan iaitu rancangan asal Sun Yat-sen untuk menjadikan China satu negara demokratik yang moden. Rancangan ini adalah berteraskan pemerintahan satu parti Kuomintang dengan unsur-unsur ideologi Lenin. Yang menjadi ironi adalah pendekatan ini serupa dengan pendekatan Parti Komunis China (CCP) pada masa sekarang. Pada tahun 1947, pemerintahan berasaskan perlembagaan diwujudkan akan tetapi disebabkan perang saudara China yang meletus, ramai provisyen perlembagaan ini tidak terlaksana di tanah besar China.

Menjelang tahun 1950, CCP telah berjaya mengalahkan Kuomintang, yang melarikan diri ke pulau Taiwan. Pulau ini pula semenjak dekad ke 1970-an mengamalkan demokrasi pelbagai parti di kawasan kawalan ROC. Pada hari ini, demokrasi di Taiwan berasaskan sama ada mahu merdeka atau bersatu semula dengan tanah besar China.

Sementara ini, Mao Zedong, pemimpin Komunis China, mengistiharkan republik baru bagi negara ini, Republik Rakyat China dengan katanya 'orang Cina telah berdiri'. Pada mulanya, PRC merupakan negara perintahan satu parti dibawah Parti Komunis. Namun, sejak perlaksaan libralisasi ekonomi oleh Deng Xiaoping pada dekad ke 1970-an, China kini mempunyai kebebasan hidup yang lebih daripada dahulu. Parti Komunis masih menguasai pelbagai aspek politik negara China, dan setiasa mengawal pemerintahan ini dengan memenjarakan penentangnya, memerhati gerakan agama dan menyekat dan menapis akhbar, filem dan media massa. Gerakan-gerakan kemerdekaan juga tidak dibenarkan, dan satu demonstrasi pro-demokrasi yang berlaku di Tian'anmen pada tahun 1989 dimusnahkan kerajaan. Badan Falun Gong, satu badan yang didakwa sesat oleh kerajaan, juga cuba dihampuskan. Ahli Falun Gong bagaimanapun mendakwa bahawa ini disebabkan kerajaan takut dengan pengaruh mereka. Namun, dalam bidang bukan politik, terdapat lebih kebebasan berfikir dan propaganda semakin berkurangan. Templat:Lihatjuga5
 
Sejarah Ringkas

Dinasti Zhou, yang memerintah negara China sebelum penyatuan neegara China oleh Maharaja Shi Huangdi, asalnya meliputi rantau di sekeliling Huang He. Semenjak itu, wilayahnya telah diluaskan ke semua arah, dan mencapai liputan terbsear dalam sejarahnya pada dinasti-dinasti Tang, Yuan dan Qing. Dinasti Qing meliputi sebahagian Rusia Timur Jauh dan Asia Tengah (di barat wilayah Xinjiang).

Bersama pentadbir wilayah, terdapat sebilangan raja negara luar yang menghantar wakil mereka untuk memberi Maharaja China. Orang China lantas menganggap bahawa raja-raja ini "kagum" dengan "kehebatan" maharaja mereka itu, walaupun kerajaan negara-negara lain menafikan ini. Sejak penghabisan kurun ke 19, negara China cuba memberikan maksud lain kepada perhubungan ini sebagai satu naungan, akan tetapi definasi teori politik moden tiada definasi sedemikian rupa.

Empayar Qing telah menghampuskan tujuan Tembok Besar China sebagai pertahanan kawasan China betul apabila tanah air mereka, Manchuria di utara tembok digabungkan dengan China di selatannya. Pada tahun 1683 selepas kejatuhan Negara Tungning yang ditubuhkan Koxinga, Taiwan termasuk kepulauan Pescadores menjadi sebahagian empayar Qing, pada mulanya sebagai satu daerah, kemudiannya pula dua dan akhirnya sebagai satu provinsi. Taiwan diberikan kepada Jepun apabila ia mengalami kekalahan di Perang Sino-Jepun 1 pada tahun 1895. Selepas Perang Sino-Jepun 2 pada tahun 1945, Jepun telah memulangkan Taiwan kepada Republik China dibawah Perjanjian Damai San Francisco. Status Politik Taiwan kini dibawah satu pertikaian di antara PRC, ROC dan penyokong kemerdekaan Taiwan. Lihat juga Republik China dan Xizang (Tibet)
 
Divisi Politik Duluan

Dari segi sejarah, divisi politik China berubah apabila pentadbirannya berubah. Tingkat tertinggi divisi politik termasuk bulatan pentadbiran dan provinsi-provinsi. Di peringkat bawahan, terdapat daerah-daerah dan pelbagai jabatan-jabatan disamping beberapa pentadbiran bandar.

Sebahagian besar pentadbiran dinasti-dinasti bersumberkan kawasan-kawasan asal China, dikenali dengan gelaran politik betul sebagai China patut (kerana tidak termasuk kawasan-kawasan yang tidak ditahluki kerajaan China seperti Mongolia dan pulau Taiwan). Banyak dinasti-dinasti ini menunjukkan sifat ingin memperluaskan kawasan jajahan mereka dengan melancarkan serangan-serangan ketenteraan dalam kawasan-kawasan lebih dalam seperti Mongolia Dalam, Manchuria, Xinjiang dan provinsi Xizang atau Tibet. Dinasti Qing dan kerajaan pemerintah selepasnya, Republik China dan Republik Rakyat China telah melekatkan kawasan-kawasan ini kedalam China. Kawasan-kawasan ini pada kendatinya juga mempunyai sempadan yang tidak begitu jelas dan tidak bertepatan dengan divisi politik pada masa kini juga. China patut difikirkan terbatas pada Tembok Besar China dan tepi Plateau Tibet; Manchuria dan Mongolia Dalam adalah di utara Tembok Besar China dan sempadan diantara mereka boleh dianggap sempadan kini antara Mongolia Dalam dan provinsi-provinsi timur laut atau sempadan bersejarah kerajaan boneka Manchukuo era Perang Dunia II-an. Sempadan Xinjiang sama dengan sempadannya pada masa kini, sama seperti provinsi Xizang, juga dikenali sebagai Tibet. China juga terbahagi secara arah dengan arah utara China (北方) dan arah selatan China (南方) dengan Sungai Huai (淮河) dan Pergunugan Qinling (秦岭) sebagai pengantaranya.
 
Geografi dan iklim

China mempunyai pelbagai landskap dengan banyak plateu dan gunung di bahagian barat, dan kawasan tanah rendah di timur. Dengan sebab ini, kebanyakan sungai mengalir dari bahagian barat ke timur, termasuk Sungai Yangtze (kawasan tengah) dan Sungai Huang He (kawasan tengah di timur) dan Sungai Amur (bahagian timur laut) dan adakalanya menuju ke selatan (termasuk Sungai Mutiara, Sungai Mekong dan Brahmaputra. Meskipun begini, kebanyakan sungai melepas ke lautan pasifik.

Kawasan tanah subur di China rata-ratanya hanyalah di persisiran sungai-sungai Yangtze dan Huang He, dan tempat-tempat inilah kawasan asal tamadun China yang agong.

Di sepanjang pantai Laut Kuning di timur dan Laut China Timur dijumpai kawasan rata alluvial yang ekstensif, dengan penempatan penduduk yang padat. Persisiran pantai kawasan Laut China Selatan bergunung-ganang dan berlembah.

Di barat, kawasan utara mempunyai kawasan rata alluvial yang luas, dan selatannya berbukit-bukau dengan Pergunungan Himayala dengan puncaknya yang tertinggi Puncak Everest. Kawasan barat laut mempunyai kawasan plateu yang tinggi dan kawasan gurun yang padat seperti Takla-Makan dan Gurun Gobi yang semakin membesar. Disebabkan musim kemarau yang belanjutan dan praktis pertanian yang tidak seimbang, ribut pasir amat biasa berlaku di China pada musim bunga. Pasir terus menuju ke selatan China, pulau Taiwan dan juga persisiran pantai barat Amerika Syarikat.

Semasa pemerintahan pelbagai dinasti, sempadan barat daya China adalah gunung-gunung tinggi dan lembah-lembah provinsi Yunnan yang bersempadankan Burma, Laos dan Vietnam pada masa kini.

Iklim China tertahluk kepada kawasannya. Kawasan utara (termasuk bandar Beijing) mempunyai iklim musim sejuk Artik. Kawasan tengah (termasuk Shanghai) mempunyai iklim yang lebih sederhana. Zon selatan (termasuk bandar Guangzhou) mempunyai iklim lebih panas subtropika.
 
Demografi

Lebih daripada seratus etnik wujud di China. Walau bagaimanapun,Bangsa Han tetap merupakan bangsa terbesar. Bangsa ini mempunyai pelbagai ciri-ciri budaya dan bahasa sehinggakan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu gabungan bangsa-bangsa lebih kecil kedalam bangsa lebih besar yang mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Sepanjang sejarah China, terdapat pelbagai bangsa yang wujud dan kemudiannya diasmilisasikan kedalam Bangsa Han atau terus lenyap tampa meninggalkan sebarang kesan. Bangsa Han kemudiannya mengalami lebihan populasi. Pada masa yang sama, ramai di dalam identiti Han ini telah mengekalkan ciri-ciri bahasa dan budaya mereka yang tersendiri. Bangsa-bangsa asing yang lain juga telah membantu membentuk identiti Han dari bahasa dan budaya, sepagai contoh, menyimpan rambut dalam bentuk tocheng berasal daripada praktis Bangsa Manchu yang memerintah pada era Dinasti Qing. Terminologi Zhonghua Minzu merujuk kepada semua rakyat China tampa mengira etnik mereka.

Kerajaan Republik Rakyat China mengiktiraf sebanyak 56 etnik, dengan yang terbesar merupakan Bangsa Han. Jumlah penduduk China adalah 1.3 bilion. Dengan populasi dunia kesemuanya dianggarkan merupakan sebanyak 7.2 bilion, China merupakan rumah kepada lebih kurang 20% daripada manusia di dunia ini.

Kurangkan kawalan jumlah kelahiran dan promosi penambahan penduduk semasa era pemerintahan Mao Zedong mewujudkan letupan demografi yang mewujudkan sebanyak 1.3 bilion penduduk pada hari ini. Sebagai tindak balas terhadap masalah ini, kerajaan PRC menjadikan satu polisi kawalan kelahiran, yang secara amnya dikenali sebagai Dasar seorang anak untuk sekeluarga.

Bangsa Han bercakap dengan lidah yang tidak dapat difahami antara satu sama sendiri mereka, dan diklasifikasikan oleh para guru bahasa sebagai bahasa-bahasa berlainan, tetapi dianggap sebagai pelbagai "dialek" atau "bahasa domestik" oleh bangsa-bangsa Cina itu sendiri. Dialek-dialek ini berkongsi satu cara tulisan standard yang dikenali sebagai "Tulisan Cina Vernakular" atau "baihua" (白话)yang dipakai semenjak abad ke 20-an dan berasaskan Bahasa Mandarin Baku, iaitu bahasa bercakapan standard dari segi tatabahasa dan jumlah perkataan. Satu lagi standard tulisan adalah Bahasa Cina Klasik yang digunakan untuk menulis bahasa China oleh para sasterawan semenjak beribu tahun lamanya sebelum abad ke 20-an. Cara ini tidak lagi digunapakai semenjak abad ke 20-an, kendatipun, ia masih merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah menengah China, jadi ia masih difahami oleh sesetengah individu China. Selain daripada bahasa piawai iaitu Mandarin, dialek lain biasanya tidak ditulis, satu pengecualian adalah dialek Kantonis, yang ada masa dituliskan dalam keadaan tidak formal.
 
Budaya

Agama dan Kepercayaan

Agama-agama utama di China adalah:

  • Taoisme - jumlah sebenar tidak diketahui
  • Buddha - jumlah sebenar tidak diketahui [lebih kurang 8%]
  • Kristian - 2 ke 4% (diperoleh daripada kajian Barat, hasil kajian China rasmi menunjukkan kurang daripada 1%)
  • Islam - 1% ke 2%
  • Falun Gong - jumlah sebenar tidak diketahui (tidak mengakui dirinya sebagai "agama", meskipun menurut pandangan akademik merupakan amalan kerohanian, jumlah mengikut Falun Dafa yang dihebohkan turut dianggap tidak boleh dipercayai)
Meskipun Republik Rakyat China secara rasminya merupakan negara ateis (tidak beragama) namun kepercayaaan agama masih diamalkan di bawah pengawasan ketat oleh kerajaan. Mengikut sejarah, Taoisme dan agama Buddha sejak sekian lama merupakan agama-agama utama masyarakat Cina, dan masih diamalkan oleh masyarakat Cina di luar kawalan secara langsung daripada Republik Rakyat.

Kebelakangan ini, Falun Gong, satu amalan kerohanian yang menggabungkan amalan agama Buddha dan Taoisme, telah menctuskan kontroversi besar setelah kerajaan Republik Rakyat China melabelkannya sebagai ajaran sesat yang jahat dan memulakan cubaan menghapuskannya. Falun Gong sendiri menafikan bahawa dirinya merupakan ajaran sesat atau agama. Falun Gong mengakui mempunyai kira-kira 70-100 juta orang pengikut, bilangan yang lebih tinggi sedikit daripada anggaran pihak luar, namun jumlah yang setepatnya masih tidak diketahui. Pengikut kumpulan ini lazimnya memprotes untuk menentang penindasan yang dikenakan terhadap mereka, di dalam dan luar negara.

Seni, pendidikan dan kesusasteraan

Kesusasteraan Cina mempunyai sejarah yang lama dan padat serta masih berterusan, sebahagiannya kesan perkembangan teknologi pencetakan sewaktu Dinasti Song. Sebelum itu, manuskrip Klasik dan catatan keagamaan (terutama ajaran Confucius, Taoisme, dan Buddha) ditulis dengan tangan menggunakan berus dakwat (awalnya mencakar cangkerang) dan diedar kepada rakyat jelata. Akademi para pengaji yang ditaja oleh kerajaan empayar ditubuhkan untuk mengulas hasil-hasil ini dalam kedua-dua bentuk dicetak dan ditulis. Ahli kerabat diraja kerap menyertai perbahasan sebegini. Berpuluh ribu hasil tulisan purba masih bertahan lama hingga masa kini dan lebih lagi, daripada tetulang hingga fatwa Dinasti Qing, yang ditemui setiap hari, secara formalnya digunakan untuk tujuan perubatan Cina.

Sejak berabad lama, peluang untuk kemajuan ekonomi dan sosial di China boleh disediakan oleh prestasi tinggi dalam peperiksaan diraja, maka tercetusnya konsep meritokrasi, namun dalam amalannya sistem ini hanya menyebelahi orang lelaki sahaja dan tidak terlalu miskin agar mampu membuat persediaan peperiksaan, kerana pembelajaran masih diperlukan untuk mencapai keputusan terbaik. Walau bagaimanapun, sistem ini ketara bezanya daripada sistem Eropah yang mementingkan kebesaran keluarga. Peperiksaan diraja mewajibkan para calon menulis esei dan mendemonstrasi penguasaan mereka dalam falsafah Confucius. Calon yang lulus tahap tertinggi peperiksaan ini dialntik sebagai pegawai cendekiawan elit atau jinshi, kedudukan sosio-ekonomi yang disanjung tinggi.

Ahli falsafah, pengarang dan penyair Cina sejak sekian lama menjadi ahli masyarakat yang disanjung tinggi dalam pelbagai segi, dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan memupuk budaya empayar ini. Akan tetapi tindakan sesetengah ilmuwan melakarkan cara hidup para rakyat China yang biasa dalam gambaran yang tidak disukai menimbulkan kemarahan kerajaannya. (Lihat Senarai penulis China dan Senarai sasterawan China)

Para orang China telah mencipta pelbagai instrumen muzik seperti zheng, xiao dan erhu, yang telah berkembang penggunaan mereka di sebanjang Asia Timur dan tenggara khususnya di kawasan pengaruh China. Alat muzik sheng adalah asas bagi pelbagai alatan muzik "free-reed" Barat.

Tulisan China mempunyai pelbagai variasi dan cara penulisan sepanjang sejarah China, dan telah "disimplifikasikan" pada pertengahan abad ke 20 an. Kaligrafi China merupakan seni yang tinggi statusnya di China, lebih tinggi daripada melukis gambar dan muzik sekalipun. Disebabkan kaligrafi disamakan pengunaannya dengan seorang pegawai kerajaan yang terpelajar, ia menjadi komersial dan para tulisan mereka menjadi barang berharga.

Variasi dan keindahan landskap China merupakan sumber inspirasi lukisan-lukisan China yang agong. Lihat Lukisan China untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kaligrafi, sushi dan bonsai adalah seni warisan lama di China dan berkenbang ke Jepun dan Korea
 
Sains dan teknologi

Selain daripada inovasi budaya yang dipercakapkan di atas, alatan yang dicipta daripada China termasuk:

  • Kompas
  • Teknologi Pencetakan
  • Kertas
  • Abakus
  • Serbuk meriam
  • Busur silang
  • Rakap
  • Lakuer
  • Kemudi
  • Seismograf
  • Sutera
  • Porcelain
  • Wang Kertas
  • Peluncur
  • Belon Udara Panas
  • Bunga Api

Kajian lain:

  • Aplikasi matematik di China tradisional adalah dalam seni bina dan geografi. Pi(π) telah dikira oleh ahli matematik Zu Chongzhi sehingga angka ketujuh. Sistem decimal telah digunakan di China seawal abad ke 14 M. Segitiga "Pascal" telah ditemui oleh ahli matematik Liu Ju-Hsieh lebih awal daripada kelahiran Pascal.
  • Kajian dalam cabang sains biologi amat ekstensif, dan rekod sejarah masih digunapakai sehingga ke hari ini, terutama dalam ubatan pokok tradisional.
  • Ubatan Tradisional dan pembedahan amat tinggi pencapaiannya semasa beberapa waktu dalam sejarah, dan dilihat sebagai innovatif dalam sesetengah bidang. Mereka terus memainkan peranan yang penting dalam komuniti perubatan antarabangsa, dan telah diiktiraf dalam beberapa abad kebelakangan ini sebagai terapi alternatif. Satu contoh adalah akupuntur, sekapipun ia dipertikai sesetengah pihak. Akan tetapi, bedah siasat tidak diterima kerana kepercayaan bahawa satu mayat tidak boleh dicabuli. Namun, terdapat ramai doktor yang telah meningkatkan pemahaman am tentang anatomi dengan melanggar peraturan berkenaan pencabulan ini.
  • Alkimia merupakan kimia Taoisme, berlainan dengan kimia moden.
  • Astrologi Cina dan buruj Cina selalu digunakan untuk ramalan.
  • Inovasi ketenteraan termasuk panah dan rakapnya, gas beracun (asap dari biji sawi terbakar), gas pemedih mata daripada serbuk air limau, peta perlindungan untuk merancang pertempuran, layang-layang yang boleh dinaiki, tombak berbakar, roket, ubat bedil, grenad ubat bedil, proto-pistol, pelbagai jenis senapang berkaitan peluru dan meriam.
 
Back
Top