Hordeolum

poetry

New member
? Ia merupakan jangkitan pada birai kelenjar mata yang boleh dibahagikan kepada:
1. Hordeolum dalaman: Iaitu keradangan pada kelenjar Meibomian (jangkitan akut pada kelenjar Meibomian).
2. Hordeolum luaran: Iaitu keradangan pada kelenjar Zeis dan Moll (dikenali sebagai ketumbit iaitu jangkitan pada kelenjar di pangkal bulu mata). Bintil tersebut dapat dirasa dan lembut bila ditekan.
? Rawatan:
o Tuam secara panas selama 5 -10 minit untuk 3 - 4 kali sehari.
o Untuk hordeolum dalaman doktor biasanya memberi ubat antibiotik dalam bentuk tablet.
o Untuk hordeolum luaran rawatannya sama seperti blefaritis, cabutkan folikel bulu mata yang terlibat keluar.
:D
 
Back
Top