Bahan:
* 4 biji ubi kentang
* 1 ulas bawang besar (agak besar)
* 150gm keju (ikut suka-nak atau tidak, tak mengapa)
* sedikit garam
* 4 sudu besar butter (untuk menumis)
* 50 gm @ 100 gm udang kering (ikut rasa nak banyak mana ), ia juga boleh digantikan dengan ayam, daging atau ikan , ikut citarasa
* 2 biji telur
* tepung serbaguna @ tepung gandum @ serbuk untuk mengoreng ayam goreng
Cara membuat:
1. Ubi kentang dibuang kulit dan dipotong beberapa bahagian, kemudian rebuskan.
2. Setelah empuk, lenyekkan sampai hancur.
3. Udang kering dicingcang sampai agak kecil , tapi jangan sampai hancur sangat.
4. Bawang besar juga dicincang sampai kecil juga.
5. Jika hendak masukkan keju, potong keju berbentuk dadu.
6. Selepas semuanya sudah sedia, panaskan kuali dan masukkan butter tadi.
7. Selepas butter cair dan panas tumiskan bawang besar sehingga kekuningan.
8. Kemudian masukkan udang kering dan kacau selama 10 minit.
9. Selepas itu masukkan kentang yang telah dilenyek dan kacau.
10. Masukkan juga secubit garam sebagai penyedap rasa.(kalau suka keju, masukkan keju )
11. Kacau selama lebih kurang 10 minit dan tutup api.
12. Kemudian biarkan ia sejuk.
13. Selepas ia sejuk, bentukkan ia bulat meleper (seperti pegedil ). Telur dipecahkan dan kacau dan bubuh secubit garam.
14. Kemudian salutkan bersama tepung, kemudian salutkan dengan telur dan sekali lagi dengan tepung.
15. Buat semuanya macam diatas dan kemudian goreng seperti biasa sampai kekuningan.Selepas itu bolehlah dimakan dengan mencicahkan dengan mayonis.