Penyapuan Khuf

elbar

New member
PENGERTIAN KHUF

Khuf atau muzah ialah sejenis pakaian yang diperbuat daripada kulit yang menutup bahagian kaki yang diwajibkan basuh ketika berwudhu? iaitu kaki dan buku lali ke atas, seperti sarung kaki. Bahagian khuf yang disapu ialah bahagian luar sebelah atas bukan tapak.
Menyapu khuf adalah sebagai gantian bagi membasuh kedua-dua belah kaki dalam berwudhu?. Ia adalah suatu rukhsah atau kelonggaran yang dibenarkan oleh syara? untuk kemudahan umat Islam terutamanya ketika musim sejuk.
CARA PENYAPUAN KHUF

Tempoh sesuatu pemakaian khuf ialah satu hari satu malam bagi orang yang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang yang bermusafir, berdasarkan hadith riwayat Muslim yang bermaksud:
?Rasulullah sallallahu ?alayhi wasallam memberi (rukhsah untuk menyapu khuf) selama tiga hari dan tiga malamnya kepada orang musafir dan satu hari satu malam bagi orang yang bermukim?.

Tempohnya ialah bermula dari mula memakai khuf selepas mengangkat hadath sama ada berwudhu? atau mandi mengangkat hadath.

Caranya ialah apabila seseorang itu selesai bersuci dari hadath sama ada mengambil wudhu? atau mandi mengangkat hadath, ia hendaklah memakai kedua-dua belah khuf tanpa ditanggalkan lagi selama satu hari satu malam (24 jam). Apabila ia terbatal wudhu? dengan sebab hadath kecil dalam tempoh 24 jam itu, maka ia mengambil wudhu? semula tetapi bila sampai giliran membasuh kaki, ia tidak perlu membuka khuf dan membasuh kaki, sebaliknya menyapu di atas khuf yang dipakainya itu sebagai gantian membasuh kaki. Begitulah seterusnya setiap kali mengambil wudhu? dalam tempoh 24 jam itu. Apabila tamat tempoh 24 jam tadi barulah ia wajib membasuh kaki semula ketika mengambil wudhu? baru dan bermula pula tempohnya.
SYARAT KEHARUSAN PENYAPUAN KHUF
1. Memakai khuf ketika suci sepenuhnya daripada hadath besar dan kecil.

2. Khuf yang bersih serta menutup semua bahagian kaki yang wajib dibasuh ketika berwudhu?.

3. Khuf yang kukuh yang boleh digunakan untuk meneruskan perjalanan biasa.

4. Khuf yang sempurna dan tiada kerosakan padanya.
5. Khuf yang tidak meresap air.

6. Khuf yang tebal yang tidak menampakkan kulit kaki.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PENYAPUAN KHUF

1. Semua perkara yang mewajibkan mandi hadath seperti berjunub, haidh dan nifas.

2. Mencabut salah satu khuf atau kedua-duanya sekali atau rosak khuf.

3. Tamat tempoh sapuan khuf iaitu satu hari satu malam bagi orang yang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang yang musaf
 
Back
Top