Perubahan Arah Kiblat

Megha

New member
Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa membetulkan arah kiblat solat bagi umat Islam di Indonesia dari arah barat menjadi arah barat laut mulai hari Rabu lalu.

Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI, Anwar Ibrahim berkata, majlis itu tidak memberikan perincian mengenai ukuran darjah perubahannya kerana ia akan bergantung kepada kedudukan wilayah masing-masing di Indonesia.



cd3161ddd1b87b208830335a4978339f.jpg



Dengan pengeluaran fatwa baru ini, MUI meralat fatwanya sendiri yang dikeluarkan 22 Mac tahun ini yang antara lain menetapkan kiblat solat bagi Indonesia ialah arah barat kerena negara ini berada di sebelah timur Mekah.

Kiblat bagi umat Islam yang bersolat di Masjidil Haram Mekah ialah mengadap ke bangunan Kaabah (ainul kaabah) sementara kiblat bagi orang bersolat yang tidak dapat melihat Kaabah ialah ke arah Kaabah (jihat al-Kaabah).

Beberapa laporan media tempatan menyatakan bahawa setelah perkiraan semula dilakukan oleh ahli Falaq, mereka memutuskan bahawa arah yang selama ini diyakini itu salah kerana ia mengadap ke Afrika, ke arah Somalia, Kenya dan Tanzania.

"Indonesia itu letaknya tidak di timur Kaabah tapi agak ke selatan, jadi arah kiblat kita juga tidak barat tapi agak miring iaitu arah barat laut,” kata Ketua MUI Ma”ruf Amin yang dipetik oleh agensi berita Antara.

Namun Ketua MUI itu meminta masyarakat Islam di Indonesia tidak panik dengan perubahan arah kiblat itu.

"Tidak mutlak arahnya, kerana yang dituju bukan Kaabah secara fizikal tetapi jihat (arah) Kaabah, dan itu boleh berbeza-beza di setiap tempat,” kata seorang lagi pemimpin MUI Amidhan.

Para pemimpin MUI menyatakan bahawa pembetulan arah kiblat itu tidak harus dibuat dengan merombak kedudukan bangunan masjid, tetapi cukup dengan menyesuaikan garis saf (barisan) solat dengan kiblat yang sebenarnya.

Sementara itu sejumlah masjid di Indonesia didapati belum membetulkan arah kiblat masing-masing dengan alasan belum mendapat pemberitahuan rasmi daripada MUI.

Sumber


Nah barusan dibahas lagi oleh perkumpulan para mubaligh di daerah saya, bahwa sebenarnya perubahan arah kiblat ini sebenarnya tidak terlalu signifikan? nah loh, agak bingung, monggo Raden dan Nona forum mohon pencerahannya..
 
Bls: Perubahan Arah Kiblat

ikut nambah berita

NU: Arah Kiblat Barat Laut
Kamis, 15 Juli 2010 23:48 WIB
Jakarta (ANTARA News) - Ketua Lajnah Falakiyah Nahdlatul Ulama (LFNU) KH Ghazali Masruri menegaskan, arah kiblat dari Indonesia adalah barat laut, bukan arah barat seperti yang selama ini dipahami khalayak awam.

"Kiblat bukan di barat, tetapi di barat laut. Dari arah barat lurus bergeser sedikit ke utara kira-kira antara 20-25 derajat," kata Kiai Ghazali dalam seminar bertajuk "Kontroversi Arah Kiblat" yang digelar Lembaga Ta`mir Masjid Nahdlatul Ulama (LTMNU) di Jakarta, Kamis.

Namun demikian, lanjutnya, untuk meluruskan arah kiblat tidak harus dilakukan pembongkaran masjid atau mushala, cukup shaf atau barisannya saja yang digeser.

"Pengelola masjid cukup menggeser arah sajadah saja, arah barisan salatnya. Ini kan tidak harus lurus dengan tembok, kalau memang temboknya tidak lurus kiblat," katanya.

Menurut Ghazali, hari Jumat (16/7) merupakan saat yang tepat untuk meluruskan arah kiblat. Berdasar data hisab LFNU, pada pukul 16.26 WIB besok matahari akan tepat berada di atas Ka`bah. Ini akan membantu umat Islam dalam meluruskan arah kiblat dengan cara yang sederhana, karena saat matahari tepat di atas Ka`bah segala sesuatu yang berdiri tegak bayangannya menuju kiblat.

"Harap kaum muslimin dapat memanfaatkan peristiwa ini untuk mengukur arah kiblat di rumah masing-masing, mushala dan masjid setempat," katanya.

LFNU sendiri mengimbau jajarannya di seluruh Indonesia untuk memelopori Gerakan Peduli Rosydul Qiblat (GPRQ), gerakan pelurusan arah kiblat, seperti yang pernah dilakukan pada bulan Mei lalu.(*)
(ANT/R009)

COPYRIGHT © 2010

-dipi-
 
Bls: Perubahan Arah Kiblat

Wah, bakal ada dana tambahan pembangunan masajid di Indonesia nih. Sementara ada beberapa masajid di daerah yang dianut golongan Islam tertentu dihancurkan massa. Semakin bengkak deh pengorbanan pembangunan masajid.
 
Bls: Perubahan Arah Kiblat

Dana tambahan untuk apa, Abah? untuk renovasi ya?
Sepertinya tidak perlu sampe renovasi, karena cukup dengan menggeser shaf nya saja.

-dipi-
 
Back
Top