sakit semasa kencing akibat radang?

faiza_301

New member
Radang saluran kencing atau juga dikenali sebagai Urethritis adalah peradangan pada saluran kencing. Gejala utama adalah sulit kencing, dan buang air kecil yang menyakitkan. Ia akan mendatangkan keburukan kepada wanita termasuk ketidaksuburan. Jadi, penghidap radang saluran kencing haruslah membuat pemeriksaan untuk mendapat perawatan, ini dapat mencegah penyakit tidak bertambah buruk dan menganggu aktivitas harian.

Radang saluran kencing ini biasa disebabkan oleh bakteri dan virus, tetapi juga ada penyebab radang saluran kencing pada wanita adalah yang berhubungan dengan struktur tubuh yang mana wanita mempunyai radang saluran kencing yang lebih pendek, lurus dan luas berbanding dengan lelaki, radang saluran kencing berjarak dekat dengan dubur dan faraj ,semua ciri-ciri struktur anatomi ini membuat wanita lebih mudah menghidap jangkitan radang saluran kencing daripada lelaki.

Radang saluran kencing merupakan salah satu penyakit sistem reproduksi. Tetapi radang saluran kencing boleh dijangkit melalui hubungan seks, jadi disarankan supaya elakkan melakukan seks semasa tempoh perawatan. Radang saluran kencing jug merupakan penyakit yang relatif umum dalam kalangan wanita.

Gejala-gejala
Sebilangan penghidap dapat menunjukkan gejala yang ketara bahkan ada yang tiada. Banyak orang salah mengira bahwa tiada gejala berarti tiada penyakit sehingga menunda waktu pengobatan. Sekiranya terdapat gejala-gejala radang saluran kencing yang ketara, maka pemeriksaan dan perawatan harus diambil dengan segera untuk mencegah jangkitan bakteri kepada pundi kencing dan ureter malah buah pinggang.

1. Ketaknormalan dalam membuang air kecil : seperti kerap membuang air kecil, sakit semasa kencing, Inkontinen Urin (kehilangan kontrol membuang air kecil) ataupun pengekalan urin (ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi).

2. Kesakitan pinggang,belakang badan : penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang dan organ yang berdekatan merupakan salah satu punca kepada kesakitan pinggang. Apabila membran buah pinggang,pelvis dan ureter dirangsang atau ketegangan bertambah, maka berkemungkinan mengakibatkan kesakitan pinggang.

3. Ketaknormalan air kencing : jangkitan ureter akan menyebabkan ketaknormalan air kencing seperti urin yang berbakteri, Pyuria (kehadiran nanah dalam urin),urin berdarah dan sebagainya.

Kesan negatif
1. Jangkitan bakteri dalam radang saluran kencing mengakibatkan saluran kencing bernanah ,parut yang terjadi akan menyempitkan saluran kencing yang mana penghidap terasa kesulitan membuang air kecil dan aliran kencing mengecil. Di samping itu, rembesan bertambah dan terasa gatal.

2. Sekiranya keadaan bertambah buruk dan jangkitan menular ke bagian sendi lutut, maka akan membawa kepada Arthritis (radang sendi).

3. Jangkitan kepada suami. Ini karena saluran kencing boleh dijangkiti melalui hubungan seks dan penyakit ini akan berlaku secara berulang.

4. Sekiranya penyakit ini bertambah kritikal maka akan mengakibatkan ketidaksuburan. Di samping itu, wanita yang menghidapi radang saluran kencing selepas hamil, berkemungkinan besar akan membawa kesan negatif seperti kematian janin, keguguran, kehamilan di luar rahim. Meskipun sukses kelahiran bayi juga boleh terjadi jangkitan pernafasan, kurang berat badan, Konjunktivitis (juga dikenali sebagai radang mata dan ia terjadi apabila bagian selaput lutsinar yang meliputi mata putih menjadi merah atau radang) dan lain-lain lagi.

Kaum wanita harus menyadari bahwa penyakit seperti peradangan serviks, radang faraj, radang endometrium,radang pelvis dan lain-lain penyakit ginekologi biasanya diakibatkan oleh tiada perawatan yang sewajar dan segera atas penyakit radang saluran kencing. Terutamanya radang faraj yang mana ia merupakan salah satu penyakit wanita yang mengancam kesehatan, jadi mengamalkan pola hidup yang sehat untuk mencegah radang faraj. Jika kaum wanita terasa faraj bergatal,ketaknormalan keputihan, haruslah membuat pemeriksaan yang selanjutnya dan menerima rawatan sekiranya didiagnosis menghidapi penyakit radang faraj.


Pria & Wanita
 
Back
Top