The Jewel of the Medina: Api fitnah di dunia sastera antarabangsa

bukunota

New member
jones.jpg


Nampaknya dunia sastera antarabangsa tidak akan pernah sunyi daripada kontroversi. Selepas Satanic Verses karya Salman Rushdie mencetuskan kegemparan kerana menghina Rasulullah, kali ini pengarang wanita, Sherry Jones, menyalakan api fitnah dengan menghasilkan The Jewel of the Medina.

Novel terbitan Ballantine Books yang dilancarkan bermula 12 Ogos lalu, berkisar pada peribadi isteri Rasulullah, Aisyah binti Abu Bakar, yang dimulakan dengan potongan prolog Aisyah yang terpisah daripada rombongan perang di tengah-tengah padang pasir dan kemudiannya difitnah melakukan hal yang tidak sepatutnya pada seorang isteri Rasulullah dan Muslimah.

Bagaimanapun, Jones, memutarbelitkan kisah sebenar apabila menyuntikkan elemen fiksyen keterlaluan dengan menganggap Aisyah yang ketika itu berusia 14 tahun, tidak berpuas hati dengan perkahwinannya dan kembali ke Madinah sehingga menimbulkan skandal kerana bersama-sama lelaki lain.

Pensyarah Sejarah Islam di Universiti Texas, Austin, Amerika Syarikat (AS), Denise Spellberg, mengkategorikan novel itu sebagai novel erotik (soft core pornography), selain bimbang terhadap tindak tanduk penerbit untuk pemasaran produk berkenaan.

Ini kerana novel itu mencampuradukkan antara sirah dan fiksyen, selain blurbnya membandingkan novel terbabit dengan Memoirs of a Geisha.

Ringkasan plot pula dibuat secara biadab dan menyebarkan fitnah jahat dengan menyimpulkan: ?Berkahwin pada usia sembilan tahun kepada lelaki yang lebih tua, Muhammad, A?isha menggunakan kebijaksanaannya, semangatnya dan pedangnya untuk mempertahankan status isteri pertama meskipun Muhammad berkahwin lagi dan lagi sehingga 12 isteri dan gundik.


 
Back
Top