tolong kalau ada yg bisa beritahu pembuatan sistem fertigasi

Status
Not open for further replies.

arowanasuper

New member
tolong kalau ada yg bisa beritahu pembuatan sistem fertigasi
intinya kan dengan dripping.
tapi gimana caranya biar bisa sampe drippingnya.
butuh pipa, dan selang ukuran berapa.
trus bagaimana caranya dari pipa bisa di salurkan ke selang yg kecil2.
apa harus di lobangi di pipanya trus di lem atau bagaimana.
untuk selang ke masing2 polybag kan harus kecil2.
itu butuh di beri semacam keran lagi atau tidak ?

kalau ada fotonya plz
 
PROJEK FERTIGASI
f3signal.JPG
f1kotak.jpg
f6lada.jpg
SISTEM TANAMAN FERTIGASI

Teknologi pertanian masa kini terus berubah,hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan,mengelak serangan musoh perosak dan dalam masa yang sama kos buruh dapat dikurang.
GM PELADANG sebuah Syarikat bumiputra pertama di Malaysia semakin kehadapan dalam memajukan teknologi pertanian dengan sistem tanaman fertigasi sistem penanaman baru menepati ciri-ciri pertanian lestari.Selepas berjaya mempekenalkan tanaman hairoponik diawal tahun 1998,kini GM PELADANG telah berjaya membangunkan sisten tanaman fertigasi.Sistem fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kapada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan,tanpa pembaziran dan pecemaran alam sekitar.
Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation.Sistem Fertigasi iaiah satu daripada adalah cabang hairoponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro,hidropinik Aliran Dalam,hidroponik Aliran Cetek,hidroponik static,Aeroponik dan Pemercik Mikro.
Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon,cili sayur strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat saperti pythium,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.
Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok.Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.
Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.
Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong stok nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalan air dan baja.Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.
Pembinaan sistem fertigasi sekitar RM 160,000 – RM 180,000 untuk kawasan seluas satu ekar.Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman diatas kawasan terbuka.Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun.
Projek Fertigasi GM Peladang dan Usahawan Bimbingan
Kelebihan Fertigasi berbanding dengan tanaman cara konvensional ialah hasil pengeluaran lebih berganda dan mutu hasil sangat tinggi
f12belara.jpg
f9pratikal.JPG
f10zamri.jpg
f5hong.jpg
f2tbatang.jpg
f8beg.jpg


















nih videonya Sistem fertigasi

[ame="http://www.youtube.com/watch?v=YcCDMX9vO7I"]YouTube - Buat wang segera lumayan dengan cili fertigasi.[/ame]
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top