wahai para wanita muslimah..

tiyo_cuteboy

New member
:gift:
bagi para wanita yg ingin mengetahiu bagaiman cara untuk menjadi seorang wanita yg di muliakan oleh Allah..

WANITA YG MULIA DLM PANDANGAN ALLAH.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda : "Sebaik-baik
wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila
engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu &
menjaga pula kehormatan dirinya."

Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s.a.w ada seorang lelaki yg
akan berangkat utk berperang dijln Allah. Dia berpesan kpd isterinya,
"Wahai isteriku ...jgnlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini
sehingga aku kembali."

Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus
seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kpd utusan
itu,
"Agar dia taati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus
utusannya bukan nhanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya
& tidak berani keluar rumahnya.

Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat
ayahnya.Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi
wahyu
kpd Nabi yg berbunyi, "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tsb
disebabkan ketaatannya kpd suaminya.

Dlm riwayat yg lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa
ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.

Inilah sebenarnya perkara yg menyebabkan wanita diredhai oleh Allah
bukannya dlm persamaan hak yg spt dituntut oleh penjahil agama.Sedangkan

dlm peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat kedlm syurga yg mana
Allah masuk wanita ke dlm syurga 500 tahun lebih awal dari suami
mrk...dan
bila melihat kedlm neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah
wanita.Oleh itu takutilah kita semua akan ALLAH....


KELEBIHAN WANITA

Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
"Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat
baginya 1000 kebaikan, di ampunkan 2000 kesalahan bahkan segala
sesuatu yg disinari matahari akan memohon ampun baginya & Allah
mengangkat 1000 darjat utknya."

Maulana Syed Ahmad Khan dlm bayannya menceritakan kelebihan yg
dimiliki oleh wanita. Katanya:

1.Seorang wanita yg solehah lebih baik dari seorang wali Allah.

2.Wanita yg uli tepung dgn membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.

3.Wanita yg menyapu lantai dgn berzikir dpt pahala spt membersihkan Baitullah.

4.Wanita yg solehah lebih baik dari 70 org lelaki yg soleh.

5.Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dgn zikir.

6.Seorang wanita yg menutup auratnya dgn purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13X dari wajah asal.

7. Semua org akan dipanggil utk melihat wajah Allah yg Maha Indah diakhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan dtg utk berjumpa dgn wanita yg memberati auratnya iaitu yg memakai purdah dgn istiqamah.


KEMULIAAN ISTERI DLM ISLAM

1.Apabila suami pulang ke rumah dlm keadaan letih & isteri layan dgn
baik maka dia memperolehi pahala jihad.


2.Wanita yg menyebabkan suami keluar ke jln Allah & menjaga adab
rumahtangga akan masuk syurga 500 thn lebih dulu dr suaminya.Dia akan
menjadi ketua 70,000 malaikat & bidadari.Dan wanita itu akan
dimandikan didlm syurga & menunggu suaminya dgn menunggang kuda yg
dibuat dari permata yaqut.


3.Wanita yg menjaga solatnya,puasa & taat pada suami, Allah izinkan
dia masuk syurga dr mana2 pintu yg ia suka.


4.Kalau isteri layan suami tanpa khianat dia dpt pahala 12 thn solat.


5.Wanita yg picit suami tanpa disuruh dpt pahala 7 tola emas & wanita
yg picit suami bila disuruh dpt pahala 7 tola perak.


6.Wanita yg meninggal dgn keredhaan suaminya akan masuk syurga.


7.Jika suami mengajar isterinya satu masaalah agama akan dpt pahala
80 thn ibadat.


8.Isteri yg lihat suami dgn kasih-sayang & suami yg lihat isteri dengan
kasih-sayang maka Allah pandang dgn penuh rahmat.

9.Jika suami dtg dgn kemarahan tetapi isteri layan dgn baik dpt
separuh pahala jihad

"dan yang harus di hindari..."


PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

1.Kpd wanita yg tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dgn
apa yg kau suka."


2.Allah melaknati wanita yg sengaja mendedahkan auratnya kpd lelaki
yg bukan muhrim.


3.Perempuan yg memakai kain yg nipis & jarang utk menarik perhatian
lelaki bukan muhrim atau memakai segala yg mendatangkan keghairahan kpd
org lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.


4.Wanita yg jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yg jahat.
Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya.Cuma
kita kurang mengetahui kelebihan yg dikurniakan kpd kita semua.
Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama
krn merasa pengorbanan mereka tidak dihargai.Dan mrk turut melaungkan
persamaan hak spt dibarat.Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi
kitalah yg bersalah krn kita lupa bahawa kita ini umat yg dianugerah kan dgn
tugas kenabian.Memberi harapan & bimbingan kpd manusia...


salam ukuwah..
 
Back
Top