Mlm
ENGAPA MLM MENJADI PILIHAN?
TENTU ada sebab mengapa MLM semakin menjadi pilihan. Pada abad 21 ini,
kerjaya dalam perniagaan MLM semakin diminati. Mengapa? Satu soalan
yang menarik.
Mengapa kita melakukan sesuatu? Dalam pergerakan hidup kita setiapn
hari kita sering melupakan pertanyaan mengapa kerana sudah terlalu
kerap melakukan. Pernahkah anda bertanya, "Mengapa saya makan?"
"Mengapa saya gosok gigi?" "Mengapa anak saya menangis?" Bila
telah menjadi amalan, perkataan mengapa sudah sebati, dan tidak
diendahkan lagi.
Begitulah juga dengan industri MLM. Ramai yang menceburinya tanpa perlu
bertanya 'mengapa'? Adakah ini pertanda menunjukkan bahawa MLM
sudah sebati dengan rakyat Malaysia? Yang pasti kita sudah sebati
'mendengar' tentang MLM.
Suatu hari, billionair hantanah Donald Trump ditanya, "Jika ada
peluang sekali lagi untuk memulakan, apa yang akan anda lakukan?"
Donald menjawab ringkas, "Saya memilih MLM." Tebtu ada sebabmengapa
seorang billionair yang telah lama berniaga berkata begitu. Mengapa
beliau lebih memilih MLM berbanding perniagaan lain?
Pertanyaan 'Mengapa' ini membuka pintu hati untuk menyertai dan
bergiat di dalam MLM. Kita akan analisa satu persatu mengapa kita
menjadikan MLM sebagai karier kita.
Berada di dalam gelombang
Berdayung menentang arus adalah perkara yang susah. Jika ada peluang
untuk tidak menentang arus, mengapa tidak kita gunakan peluang itu?
Jika ada peluang yang lebih baik, mengapa tidak kita menceburi peluang
itu.
Dunia perniagaan kita telah mengalami berbagai-bagai gelombang(wave).
Bermula dari system 'Barter', hinggalah kepada francais. Abad 21
adalah giliran untuk gelombang baru iaitu MLM. Dikatakan bahawa
industri MLM akan menguasai gelombang baru ini. ini kerana ia agak unik
di mana pengguna sekaligus boleh menjadi usahawan.
Jika kita mengikuti arus gelombang itu, atau berada di dalam gelombang
itu, sesungguhnya perjalanan perniagaan kita lebih mudah. Kalau kita
berada di tepi gelombang, memanglah agak sukar kerana kita menentang
arus.
Mengikut jangkaan, setelah meneliti suasana kehidupan, ekonomi dan
perubahan-perubahan, dijangka system pemasaran untuk produk-produk,
walaupun tidak semua tetapi sebahagiaannya akan dipasarkan melalui
system MLM. Ini Cuma jangkaan, tetapi 'bunga-bunganya' sudah ada.
Segera ambil kesempatan ini. sentiasa ingat, perjalanan kita lebih
berjalan lancar jika berada di dalam gelombang berbanding berada di
luar gelombang.
5 DALAM 100
mengikut kajian Universiti Yale selama 30 tahun, hanya ada 5 orang
sahaja yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dalam setiap 100
orang. Hanya 5 % sahaja. Memeranjatkan? Tidak, kerana kebenarannya ada
di depan mata kita setiap hari.
Selama 30 tahun universiti tersebut membuat kajian terhadap 100 orang
pemuda yang berumur 25 tahun. Mereka baru mula bekerja dan sehinggalah
mereka berumur 55 tahun, inilah keputusannya.
1 orang - sangat kaya
4 orang - Ekonomi berdikari
5 orang - Masih bekerja
27 orang - Mati
63 orang - bangkai bernyawa
Pada setiap 100 orang hanya ada satu orang yang sangat kaya dan 4 orang
yang berdikari dari segi ekonomi. Lihat sekeliling anda, bukankah benar
kajian itu? Jadi, di mana kedudukan anda berdasarkan kajian tersebut?
Tidak cukupkah kemudahan dan peluang yang tersedia disekeliling anda.
Jawapannya hanya satu iaitu sama ada mahu atau tidak mahu. Itu saja.
Di mana anda sekarang?
Adakah anda akan terus tetap di situ? Tidak mungkin kerana dunia ini
sentiasa bergerak. Oleh kerana tidak mungkin tetap di situ, maka
pilihan anda hanya ada 1 sahaja- dalam hidup ini sama ada anda akan
naik atau turun. Itu saja. Jika naik, anda akan menjadi 1 atau 4 dalam
100. jika turun anda akan menjadi 95 dalam 100.
IBARAT MATAHARI
Hampir semua orang mahu menjadi kategori manusia 1 dalam 100 aatau 4
dalam 100. tapi apa yang harus di buat supaya kehidupan akan datang
lebih baik dari hari ini?
Saya memilih MLM kerana bagi saya, perniagaan MLM ibarat 'Matahari
Terbit' berbanding bidang lain. Peningkatan pendapatan mengikut
peningkatan umur. Ini buktinya:
Matahari mendatar:
Pada permulaan kerjaya memang ada peningkatan gaji. Bila telah sampai
gaji maksima, tidak ada sebarang peningkatan pendapatan sehinggalah
pencen. Sesudah pencen, pendapatan pula semakin berkurangan. Selalunya
bidang ini ialah bidang pekerjaan 9 pagi - 5 petang.
Matahari terbenam:
Pada permulaannya, semasa masih bertenaga, popular, muda, memang bidang
ini memberikan pendapatan yang lumayan. Pada masa ini, memang boleh
buat duit habis-habisan. Sampai satu peringkat, bila tenaga,
popularity, kemudaan sudah habis, pendapatan pun habis. Selalunya,
pemandu teksi, penyanyi, pelakon, bintang sukan, orang-orang yang
bekerja menggunakan tenaga terbukti mengalami keadaan seperti ini.
Matahari tak menentu:
Perniagaan lain selain dari MLM dikategorikan sebagai 'Matahari tak
menentu'. Kadang-kadang untung, kadang rugi, kadang-kadang bankrupt.
Sangat memerlukan modal yang besar, pengetahuan, pengalaman, politik,
pengaruh dan lain-lain. Pelaburannya besar tetapi hasilnya tak menentu.
Kadang-kadang lain yang dijangkakan, lain pula hasilnya.
Matahari terbit:
Dikatakan sebagai sIstem baru di dunia perniagaan. Tidak memerlukan
modal yang besar, tidak ada sebarang risiko atau risikonya sangat
rendah, tak perlukan pengalaman asalkan mahu belajar - hasilnya
sangat hebat berbanding pelaburannya. Bila menjalankan perniagaan ini
dengan kesungguhan pada peringkat permulaan sehingga stabil, hasilnya
semakin banyak bila usia semakin meningkat. Tidak ada satu pun bidang
lain yang boleh dikategorikan sebagai 'Matahari Terbit' selain
bidang MLM.
FORMULA (M X T = H)
Kita mesti mengakui dan menerima hakikat bahawa hidup di atas muka bumi
ini hanya sekali. Kita menjalani hidup di dalam masa. Dalam masa yang
tersedia itulah kita menjalani hidup. Hidup sekali, mestilah kita
mengusahakan supaya mendapat hasil yang terbaik.