Bls: Daftar Kebudayaan Indonesia yg diklaim Malaysia
Punten...
Hampir semua kaum di semenanjung Malaysia adalah daripada keturunan Melayu Nusantara (Melayu Sumatera, Melayu Jawa, Melayu Kalimantan dan Melayu Sulawesi dst.). Kami menggunakan bahasa melayu, iaitu bahasa lingua franca sejak ribuan tahun lagi, bahasa yang difahami oleh semua kaum di nusantara (Gugusan Pulau-Pulau Melayu) termasuk selatan Filipina dan Patani.
Ratusan ulama mempelajari Islam di Kerajaan Melayu Patani di zaman silam, yang membuka pesantren di Indonesia atau sekolah pondok di Malaysia, yang menggelar diri mereka Al-Fatani di hujung nama mereka.
Kami menamakan diri kami melayu dan berbahasa melayu seperti anda menggunakan bahasa melayu di dalam bahasa Indonesia.
Anda bukan berbahasa Jawa, Sunda, Batak tetapi berbahasa Melayu untuk berhubung.
Kami melestarikan budaya yang kami warisi dan sayangi, semuanya dari nenek moyang kami di Jawa, Sumatra, Kalimantan dan Sulawesi.
Kami tidak mengatakan budaya itu kami yang punya, kerana kami adalah pewaris budaya itu. Salahkah kami kalau ini semua sedarah sedaging?
Kenapa memaksa kami mencari budaya baru, sedangkan kami sudah mewarisinya.
Sebutan ringgit, perak atau kupang masih lagi kedengaran, dituturkan oleh orang-orang tua nusantara, mengingatkan itu uang kita di masa dahulu.
Anda semua adalah melayu, bercakap melayu bila berhubung di antara kamu.
Seharusnya Melanesia adalah nama Indonesia seperti yang pernah disarankan oleh orang dahulu. Kenapa di ambil nama lautan, kerana anda adalah melayu semuanya. Kenapa menambah indiakan dengan mengambil rupee sebagai mata uang anda.
Jangan anda semua enak dibuai mimpi pemimpin-pemimpin yang mempunyai kepentingan sendiri, yang bertujuan memanaskan darah anda sekelian, dan anda kepingin darah saudara kandungmu sendiri. MasyaAllah!!
Hatur nuhun..