Epidemiologi

nurcahyo

New member
EPIDEMIOLOGI

Penyakit Koronari Jantung

*

Penyakit disebabkan oleh kerosakan pada koronari arteri dalam jantung dipanggil penyakit koronari jantung.
*

Penyebab utama masalah yang membawa maut ini ialah arthrosklerosis.
*

Iaitu satu keadaan di mana timbunan lemak menyempitkan bahagian dalam saluran darah dan menghalang pengaliran darah ke jantung.
*

Arthroskelorosis mengambil masa yang agak lama untuk membentuk serta keadaannya bertambah buruk dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dihalang.
*

Diantara tanda-tanda penyakit koronari jantung adalah sesak nafas bila kepenatan, degupan jantung yang luarbiasa, angina pektoris, sakit jantung, lemah jantung dan kematian mengejut.

Jejak-jejak Pembunuh

*

Penyakit kardiovascular adalah penyakit yang berkaitan dengan jantung.
*

Ia merupakan punca utama kesakitan dan kematian yang disahkan oleh doktor Malaysia.
*

Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit yang membunuh ini.
*

Di antara tahun 1981 hingga 1989, kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit ini di Semenanjung Malaysia bertambah dari 15.3 bagi 100,000 kepada 37 bagi 100,000.
*

Kemasukan ke hospital bagi penyakit ini telah bertambah dari 10,190 kepada 64,696 di antara 1965 dan 1989, pertambahan sebanyak 534% dalam masa 24 tahun.

Bagaimana Terjadinya Sakit Jantung

*

Angina (sakit dada bila kepenatan) terjadi akibat berlakunya arthrosklerosis di mana saluran yang membekalkan darah ke otot-otot jantung menyempit dan pengaliran darah terhalang.
*

Serangan sakit jantung terjadi apabila darah membeku di kawasan arthrosklerosis dan menghalang sepenuhnya pengaliran darah ke otot-otot jantung.
*

Tanda-tanda serangan sakit jantung termasuklah kesakitan di bahagian jantung, berpeluh, loya dan kesukaran untuk pernafasan.
*

Dalam kes-kes serangan sakit jantung tertentu ia tidak menunjukkan tanda-tanda biasa.

Faktor-faktor Terjadinya Penyakit Jantung Koronari

*

Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
*

Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
*

Jika anda merokok.
*

Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
*

Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
*

Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
*

Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
*

Jika anda kurang bersenam.

Diterbitkan oleh Unit Pelajaran Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 200,000/C, 10/92.
 
Back
Top